pakcik karipap frozen sg isap

Seorang wanita telah menerima pujian daripada netizen selepas tular videonya memborong karipap sejuk beku yang dijual oleh seorang pakcik di dalam kereta di tepi jalan.

Menerusi perkongsian TikTok @sukapastakuantan, pemilik video tersebut mendedahkan yang dia sudah lama mencari pakcik penjual karipap frozen berkenaan kerana ingin menunaikan hajat seorang individu untuk memberi infaq menerusi hasil jualan pakcik tersebut.

@sukapastakuantan

Alhamdulillah lega rasa hati dpt tunaikan hajat insan baik hati dgn infaq hasil jualan pakcik karipap ni🥹 korang mana yg ada sekitar Kuantan boleh dtg support pakcik. Sama2 kita bantu insyaAllah perkara baik berbalik kpd kita🤲🏻 #kuantan #pakcikkaripap #infaq #rezeki_allah #sukapasta

♬ bunyi asal – DAYANG NURFAIZAH fan’s 🖤 – About You

Alhamdulillah lega rasa hati dapat tunaikan hajat insan baik hati dengan infaq hasil jualan pakcik karipap ini. 

“Korang mana yang ada sekitar Kuantan boleh datang support pakcik. Sama-sama kita bantu, insyaAllah perkara baik berbalik kepada kita,” tulisnya.

Menerusi video itu, dapat dilihat wanita ini mendekati kenderaan yang dinaiki pakcik berkenaan dan menyatakan hajat untuk membeli kuih-muih frozen dengan nilai RM100.

Menurutnya, dia sudah lama mencari pakcik ini dan pernah juga ke rumah pakcik tersebut untuk membeli karipap berkenaan, namun usahanya tidak berhasil sehinggalah bertemu dengan lelaki itu pada hari tersebut.

pakcik 2

Namun tindakannya membeli karipap frozen itu dengan kadar yang banyak membuatkan pakcik itu terharu sehingga tertunduk sambil merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya.

Pakcik itu juga dilihat menitiskan air mata, sebelum kembali ditenangkan wanita berkenaan.

Pakcik doakan saya murah rezeki. Pakcik jangan nangis…” kata wanita itu lagi.

Rata-rata netizen di ruang komen juga turut terharu melihat video berkenaan dan ada yang berhajat untuk mencari pakcik ini untuk memborong karipap yang dijualnya.

Menurut pemilik video, pakcik berkenaan dikatakan berniaga dekat TMG Sg Isap sekitar jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

pakcik

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.