Satu video tular memperlihatkan tindakan seorang pemuda bertindak berdiri di dalam petak parkir kosong dan menghalang pemandu lain daripada memasuki ke dalam ruangan parkir tersebut kerana mendakwa ia sudah ‘diambil’.
Dalam video tersebut, jelas kelihatan lelaki itu berdiri dan memberikan isyarat untuk tidak masuk ke dalam petak tersebut dan menyuruh untuk pemandu itu beredar dan pergi ke tempat lain.
Artikel berkaitan : [VIDEO] Halang Laluan Masuk R&R, Treler Terpaksa Langgar Tiga Kereta Parkir Di Bahu Jalan
Artikel berkaitan : Kereta Kena ‘Clamp’ Jika Parkir Lebih 10 Minit Di Stesen Minyak, Ini Respon Petron
Saat pemandu tersebut berkeras untuk cuba menggerakkan kenderaannya, lelaki tersebut didakwa cuba menghalang pemandu tersebut.
Berang dan tidak puas hati dengan lelaki itu, pemandu menghampiri lelaki tersebut dan menegur tindakannya salah. Lebih teruk lagi, lelaki tersebut menggunakan alasan yang dirinya bekerja dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menyatakan yang dirinya ada hak bertindak sedemikian.
Suasana menjadi lebih tegang setelah pemandu tetap masuk ke dalam ruangan parkir tersebut dan keluar dari kereta itu.
Kejadian itu telah mengundang kemarahan orang ramai dan ada yang meminta pihak JKR untuk menyiasat kes ini. Malah ada juga yang berpihak dengan tindakan pemandu yang cuba bersemuka dengan lelaki itu.
Sekadar info, perbuatan ‘cop parkir’ ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hal ini kerana petak parkir itu adalah hak milik awam. Pelaku yang membuat tindakan sebegitu boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.
Malah, sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : Threads, Harian Metro

9 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















