Usahawan Akur Lepas Ditegur Kufur Nikmat Oleh Mufti Kelantan Sebab Sambut Hari Jadi Tema Bunian

12 hours ago 12

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad tampil menegur tindakan menyambut hari jadi menggunakan tema bunian kerana ia dianggap tidak sesuai dengan ajaran agama Islam.

Beliau menyifatkan, tindakan itu sebagai satu bentuk kufur nikmat kerana tidak meletakkan nikmat kurniaan Allah SWT pada tempat yang sepatutnya.

Teguran itu dibuat selepas tular di media sosial tindakan seorang usahawan dari Kelantan yang mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya bertemakan bunian sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

@farhanazahra91_

Alhamdulillah semua tetamu mengikut tema berbaju putih , 700++ orang tetamu hadir , hantu yang hadir cuma 10 orang sebab bertugas dalam rumah hantu 🤍 #farhanazahra91 #cikna

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Tegas beliau, setiap kelahiran anak merupakan kurniaan Allah yang wajib disyukuri mengikut tuntutan agama Islam dan bukannya diraikan dengan perkara yang bercanggah dengan syariat.

“Kita kena balik kepada asal, iaitu siapa yang menjadikan kita. Tentulah kita ini dijadikan oleh Allah SWT. Kita ini kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali.

“Jadi bila lahir sahaja anak, ini adalah kurniaan Allah yang perlu disyukuri. Mensyukuri nikmat Allah ialah meletakkan sesuatu nikmat itu kena pada tempatnya,” katanya.

Mohamad Shukri menjelaskan, sekiranya seseorang mahu meraikan kelahiran atau hari jadi anak, ia seharusnya dilakukan dengan cara yang dibenarkan agama seperti mengadakan majlis kesyukuran, solat hajat, jamuan makan atau amalan lain yang bertepatan dengan syariat.

“Kalau kita nak mensyukuri kerana dapat anak, buatlah dengan tepat. Kita ada tahlil, cukur rambut dan sambutan secara Islamik. Jangan pula kita dapat kurniaan Allah tetapi kita lakukan perkara-perkara yang tidak disukai agama.

“Maka itu dipanggil kufur nikmat. Kenapa pula kita nak kufur nikmat sedangkan kita sepatutnya mensyukuri nikmat?” katanya.

Tambah beliau lagi, tema yang mengandungi unsur pengagungan terhadap hantu dan perkara yang bercanggah dengan agama tidak wajar dijadikan sebahagian daripada sambutan.

“Kita buat tema hantu dan sebagainya, itu orang panggil kufur nikmat kerana kita meletakkan nikmat yang Tuhan bagi itu tidak kena pada tempatnya,” katanya.

Mengulas lanjut, tidak salah untuk menyambut hari jadi mengikut konsep tertentu selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak agama.

“Apa tema pun boleh, tetapi tema yang tidak berlawanan dengan kehendak agama.

“Kalau kita duduk beri pemujaan kepada hantu dan sebagainya, itu berlawanan dengan agama. Suka-suka….kena suka-suka yang disukai agama dan dibenarkan oleh agama,” katanya.

Artikel berkaitan: Dulu Hadiahkan Vellfire, Tahun Ini Usahawan Beri Anak Pop Mart Selori Untuk Hari Lahir

Usahawan akur teguran Mufti Kelantan

Susulan isu itu, usahawan terbabit yang dikenali sebagai Farhana Zahra atau mesra dengan panggilan Cikna akur dengan teguran tersebut.

Katanya, kebanyakan majlis atau sambutan yang diadakan pada zaman ini juga tidak mengikut syariat Islam dan sangat jarang disambut dengan doa kesyukuran serta solat hajat.

Screenshot 2026 06 02 123554

Sumber: Sinar Harian, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |