Pelakon, Uqasha Senrose mendedahkan bahawa ada berlaku keganasan rumah tangga yang menjadi antara punca dia menuntut perceraian terhadap suaminya, Kamal Adli.
Dakwa pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen, Kamal, ini sepanjang 4 tahun perkahwinan mereka, suaminya itu pernah memukulnya, mendera mental dan emosi termasuklah sepanjang tempoh dia mengandungkan anaknya, Hawra Uqaira.
Artikel berkaitan : Uqasha Tepis Dakwaan Larang Kamal Adli Jumpa Anak
Artikel berkaitan : Raih Perhatian Temani Uqasha Ke Mahkamah, ‘Coach Cerai’ Jelaskan Skop Kerjanya
Dedah kena pukul dengan Kamal Adli
“Selama ini saya berdiam, tidak ceritakan perkara sebenar. Inilah sebabnya saya minta untuk berpisah secara baik.“
“Dia dera saya dan anak, mental dan emosi termasuk ketika saya mengandung. Empat tahun saya simpan cerita ini, saya tak pernah berkongsi kepada umum. Sebab saya masih mahu menjaga air mukanya.”
“Saya simpan bukti, video dan gambar. Tapi saya tak pernah dedahkan kepada umum. Saya sudah cuba bertahan, bukan tidak.”
Pendedahan itu dibuat selepas selesai prosiding pendengaran keputusan Jawatankuasa Pendapai (JKP) berikutan dengan proses penceraiannya yang berlangsung pagi tadi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Selain itu, Uqasha turut mendedahkan yang sikap Kamal Adli yang dikatakan susah menerima teguran.

“Dia juga tak ada toleransi dalam menjaga anak, tidak menjaga kebersihan. Anak saya perempuan, dia pula bawa kawan-kawan lelaki keluar masuk rumah i ibarat masih hidup bujang, sampaikan saya tak ada ruang privasi.”
Dalam pada itu, peguam sivil Uqasha iaitu Asheeq Ali Sethi Alivi memaklumkan bahawa 3 laporan polis telah difailkan oleh Uqasha, manakala satu lagi laporan turut difailkan ibunya berhubung dakwaan keganasan rumah tangga berkenaan.
“Kami akan teruskan dengan tindakan sewajarnya, melalui proses polis dan mahkamah sivil. Aduan polis telah dibuat, yang mana yang terbaharu difailkan pada 12 dan 15 Disember lepas.”
“Menerusi laporan tersebut, anak guam saya memaklumkan dia telah didera dan dipukul. Pelaku naik tangan dan kaki.”
“Kami serahkan kepada polis untuk jalankan siasatan sementara saya akan ambil tindakan sewajarnya melalui prosedur mahkamah sivil.”
“Kepada pihak yang tak bersetuju atau mendakwa anak guam saya membuat fitnah, mohon failkan saman (fitnah) dan hantar ke pejabat saya. Saya mendapat arahan daripada anak guam untuk failkan perkara ini di mahkamah.”
“Uqasha sekarang ini menuntut keadilan untuk dirinya. Sejauh mana tindakan diambil, itu kita serahkan kepada polis untuk jalankan siasatan.”

Di samping itu, peguam Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan bahawa mahkamah telah menetapkan 12 Januari tahun depan sebagai tarikh lantikan hakam dan laporan hakam keluarga kerana keengganan Kamal melafazkan cerai secara baik selepas dinasihatkan mahkamah untuk berbuat demikian.
“Mahkamah telah menetapkan berlakunya syiqaq setelah mengenal pasti berlakunya syiqaq iaitu perbalahan atau persengketaan berpanjangan antara suami isteri setelah menilai laporan JKP yang antara lain memperincikan mengenai kekasaran rumah tangga, pukul, isu nafkah dan pergaduhan yang berpanjangan dalam rumah tangga mereka.”
“Justeru mahkamah menasihatkan defendan melafazkan cerai, namun dia enggan. Asbab keengganannya melafazkan cerai secara baik pada hari ini, maka proses perceraian ini dilanjutkan kepada prosiding hakam.”
Untuk rekod, Uqasha memfailkan cerai di mahkamah sama atas alasan tiada persefahaman dengan suami pada 1 Oktober lepas.
Sumber : Utusan

5 hours ago
2






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















