Penerbit dan pengarah filem Duyung Legenda Aurora iaitu Prof. Madya Datuk Dr. A. Razak Mohaideen cakna berkenaan dengan pertikaian dan kecaman orang ramai terhadap kualiti rekaan poster filem tersebut.
Jelasnya, poster tersebut hanyalah satu gimik pemasaran bagi menarik perhatian umum. Katanya poster rasmi untuk filem itu dengan rekaan grafik yang lebih berkualiti akan dikeluarkan oleh pihak penerbit dalam masa terdekat.
Artikel berkaitan : Belum Lagi Ditayangkan, Poster Filem Baharu Duyung Dikritik Nampak Murah
Artikel berkaitan : Netizen Berseloroh Mahu Ruhainies Berlakon Watak Orix Dalam Duyung 2?
“Kalau poster itu bagus, mungkin hanya satu dua orang yang memuji. Namun, untuk netizen yang mahu mengecam, jumlahnya ramai. Jadi, kita gunakan pendekatan ‘reverse psychology’.”

Jelasnya, pihak penerbit iaitu KRU Studios dan Primeworks Studios (PWS)telah memaklumkan bahawa poster baru akan dilancarkan dan poster terdahulu hanyalah sebagai ‘umpan’ pemasaran.
Dalam pada itu, sebagai seorang penerbit dna pengarah, beliau berpendapat bahawa kecaman terhadap tidak harus ditujukan kepadanya kerana poster berkenaan dibuat oleh pasukan pemasaran.
“Dalam konsep perniagaan industri perfileman, tugas pengarah adalah menghasilkan filem. Poster dan teaser bukan dihasilkan oleh pengarah.”
“Bagi mana-mana filem sekalipun, pengarah tidak terbabit dalam urusan poster. Ia merupakan tanggungjawab bahagian pemasaran yang dilantik oleh penerbit eksekutif, namun perkara ini masih kurang difahami ramai.”
Razak juga mengatakan yang dirinya sudah berlapang dada menerima kritikan meskipun filem itu belum ditayangkan.

“Mereka yang faham bisnes perfileman akan mengerti. Sama ada di Hollywood atau Bollywood, semuanya mempunyai pasukan pemasaran tersendiri.
“Saya memilih untuk berdiam diri kerana mereka yang berilmu akan memahami maksud sebenar di sebalik strategi ini.”
“Kita pun tak boleh jadi ‘sebodoh’ orang yang bercakap seperti itu. Jadi, lebih baik saya diam sahaja sebab orang yang faham dan berilmu, dia akan faham maksud sebenar di sebalik itu.”
“Orang yang tak berilmu pula akan mengiyakan perkara sebegitu. Jadi, sebenarnya kebodohan ditunjuk oleh orang yang tak berilmu.”
Sumber : Utusan Malaysia

12 hours ago
4






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















