Ramai terkejut bila seekor Anaconda gergasi kelihatan bergerak di skrin LED Bangunan Yayasan Selangor berhampiran Lintasan Bukit Bintang. Pada mulanya, ular tersebut dilihat bergerak perlahan di dalam paparan sebelum mengangkat kepalanya dan kelihatan seperti keluar dari skrin LED.
Momen itu jadi lebih dramatik apabila Lobak Merah sempat merakam aksi anaconda tersebut membuka mulutnya, sementara sebuah tren sebenar bergerak di bawah. Pergerakan visual dan tren yang lalu secara serentak itu menjadikan paparan 3D tersebut nampak lebih real untuk orang mereka yang melihatnya. Apa agaknya perasaan orang dalam tren tu eh?
Apabila orang mula menyedari paparan tersebut, ada yang memperlahankan langkah dan ada juga yang patah balik untuk tengok dengan lebih jelas. Dari sudut tertentu, pergerakan anaconda itu kelihatan hampir dengan laluan pejalan kaki, membuatkan ramai berhenti seketika untuk memastikan ia hanyalah paparan LED.
Beberapa orang turut mengeluarkan telefon untuk merakam paparan tersebut, manakala yang lain hanya berdiri seketika sambil memerhati. Kawasan sekitar kelihatan sedikit sesak dalam tempoh singkat apabila perhatian orang ramai tertumpu pada paparan 3D itu.

Rupanya, iklan 3D ni dibuat sebagai tanda kemunculan versi terbaharu filem Anaconda di pawagam. Filem Anaconda tampil dengan pendekatan lebih moden, gandingan pelakon yang mencuri perhatian serta penceritaan yang menggabungkan elemen komedi, aksi dan survival. Kalau iklan 3D pun dah berjaya buat orang berhenti jalan, ini antara sebab kenapa filem ni patut masuk dalam wishlist tontonan korang.
1. Gandingan Jack Black dan Paul Rudd memang pecah perut

Jack Black dan Paul Rudd merupakan gabungan yang tak disangka-sangka. Mana tidaknya, di dalam filem ini, Jack Black membawa watak sebagai Doug yang spontan, penuh idea pelik dan tak reti duduk diam, manakala Paul Rudd pula memberikan keseimbangan dengan perwatakan Griff yang lebih tenang, rasional dan cuba elakkan masalah. Tapi seperti biasa, bila ikut perangai Doug, memang masalah tak dapat dielakkan.
Kedua-dua pelakon ini sudah lama dikenali dengan kepakaran mereka dalam genre komedi. Jack Black dengan gaya lakonan fizikalnya yang over-the-top dan Paul Rudd dengan lawak bersahaja yang buat orang gelak tanpa perlu banyak usaha. Bila dua tenaga komedi yang berbeza ini digabungkan, hasilnya memang jadi sesuatu yang segar dan menghiburkan.
2. Nak buat projek filem impian tiba-tiba jadi misi menyelamatkan diri

Plot Anaconda ini menceritakan tentang dua sahabat lama, Doug dan Griff yang cuba hasilkan semula filem klasik kegemaran mereka Anaconda. Mereka ke Amazon untuk merakam versi mereka sendiri, tapi hutan itu bukan tempat yang boleh dibuat main.
Apa yang sepatutnya jadi projek nostalgia bertukar menjadi pengembaraan ekstrem bila mereka terpaksa berhadapan dengan anaconda sebenar. Keadaan yang awalnya kelakar tiba-tiba berubah serius bila mereka sedar mereka berada dalam situasi yang jauh lebih bahaya daripada apa yang mereka bayangkan.
Perubahan daripada komedi ringan ke kisah survival intensif ni menjadikan filem ini mendebarkan tanpa mengorbankan unsur lawak.
3. Hutan Amazon buat filem jadi lebih suspen

Dengan berlatarbelakangkan hutan Amazon, filem ini dapat membina suasana tegang yang konsisten. Dari sungai gelap yang tak nampak dasar, hinggalah kawasan paya yang nampak tenang tetapi menyembunyikan bahaya, semuanya digunakan untuk menaikkan rasa cemas.
Setiap lokasi berjaya mencetuskan rasa tak selesa kepada penonton sebab korang sendiri pun tak tahu apa yang menanti Doug dan Griff di sebalik pokok atau bawah air. Itu belum masuk babak-babak sunyi yang sengaja dibuat untuk naikkan ketegangan.
4. Anaconda dihidupkan dengan visual yang moden dan nampak lebih ‘real’
Versi terbaru Anaconda ini telah memanfaatkan teknologi grafik moden bagi menunjukkan penampilan, pergerakan dan ekspresi anaconda lebih realistik. Kalau dulu ular dalam filem asal boleh nampak sedikit “kartun”, kali ini ia bergerak dengan lebih perlahan, penuh fokus dan memberi tekanan yang buat penonton rasa risau setiap kali ia muncul.
Setiap kemunculannya dirancang bagi meningkatkan ketegangan sama ada melalui bayang-bayang, gangguan kecil atau kejutan. Confirm buat korang tak senang duduk!

Anaconda berjaya mencari keseimbangan antara lawak spontan, aksi berimpak besar dan detik emosi antara dua sahabat ini. Walaupun terdapat babak-babak tegang, hubungan Doug dan Griff tetap menjadi kisah utama bagi keseluruhan penceritaan.
Gabungan ini menjadikan filem ini lebih menyeluruh dan menyeronokkan, sesuai untuk pelbagai peringkat umur yang mahukan hiburan santai tetapi tetap berkualiti.
So, tunggu apa lagi? Cepat set tarikh nak tengok filem ni!
Untuk maklumat lanjut mengenai Anaconda, korang boleh ikuti Sony Pictures di Facebook, Instagram dan Youtube.

5 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















