Tahun 2025 jelas meninggalkan pelbagai memori dan peristiwa yang tiada siapa sangka akan berlaku, sekaligus meninggalkan kesan yang sukar untuk dilupakan.
Sebelum kita membuka lembaran baru, mari kita imbas kembali kepada beberapa peristiwa yang pernah berlaku sepanjang tahun ini.
1. Anak gajah dilanggar treler
@501awaniSayu hati melihat rakaman seekor gajah betina dipercayai ibu kepada anak gajah yang mati dilanggar sebuah treler di jalan Gerik awal pagi, Ahad. Ibu gajah berkenaan kelihatan tidak berganjak langsung dari sisi treler dan seakan-akan cuba untuk membantu anaknya yang tersepit di bawah treler itu. #AWANInews♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾Pada sekitar bulan Mei, satu insiden menyayat hati telah berlaku di Gerik, Perak apabila seekor anak gajah dilaporkan maut selepas dilanggar oleh sebuah treler ketika melintas jalan pada awal lagi.
Kejadian itu berjaya mencuri perhatian ramai selepas sebuah rakaman video tular memaparkan seekor gajah sedang berdiri di hadapan kenderaan berat tersebut, seolah-olah cuba menolak treler berkenaan. Ibu gajah itu turut dilihat seperti tidak mahu berganjak dari lokasi kejadian kerana dipercayai enggan meninggalkan anaknya yang terperosok di bawah kenderaan itu.
Difahamkan insiden ini berlaku ekoran keadaan jalan yang gelap berkemungkinan menyebabkan pemandu tak nampak sosok anak gajah yang sedang melintas.
Artikel Berkaitan: Dipercayai Cuba Tolak Lori Untuk Selamatkan Anak, Tindakan Ibu Gajah Ini Buat Ramai Sebak – Lobak Merah
2. Tragedi nahas bas UPSI

Pada sekitar bulan Jun, negara kita dikejutkan dengan tragedi nahas bas yang membawa pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik, Perak.
Kemalangan itu telah mengorbankan nyawa 15 pelajar dan sekaligus mencetuskan suasana pilu apabila ramai mangsa dilaporkan tercampak keluar, manakala sebahagian yang selamat berjaya menyelamatkan diri sebaik saja bas terlibat dalam kemalangan.
Insiden ini kekal menjadi antara tragedi yang paling menggemparkan negara sepanjang tahun 2025.
Artikel Berkaitan: Nahas Bas Pelajar UPSI: Mangsa Keluar Sendiri Selamatkan Diri, Ada Yang Terc*mpak – Lobak Merah
3. Kematian Zara Qairina

Pemergian Zara Qairina Mahathir iaitu seorang pelajar Tingkatan 1 di Sabah juga merupakan antara kes yang mengejutkan ramai pihak.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dengan kepalanya terkulai dalam longkang berhampiran asramanya serta disahkan meninggal dunia keesokan harinya akibat kecederaan yang teruk.
Sejurus itu, kes ini terus mencetuskan gelombang solidariti di seluruh negara dengan himpunan aman di beberapa lokasi menuntut keadilan untuk arwah sambil diiringi dengan slogan #JusticeForZara kerana kematiannya dipercayai ada unsur buli.
Kes ini juga menjadi semakin serius dengan polis mengambil keterangan lebih daripada 60 individu serta kuburnya digali semula untuk tujuan bedah siasat. Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia kerana beliau hanyalah seorang pelajar yang baru memulakan langkah baru dalam dunia persekolahan menengah.
Artikel Berkaitan: Ternanti-nanti Penghujung Kesnya, Ini Kronologi Lengkap Kes Zara Qairina Yang Menggemparkan Negara – Lobak Merah
4. Rusuhan di Kampung Sg. Baru

Sekitar September 2025, tular satu insiden kecoh apabila mendapati Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman cedera akibat dibaling batu ketika menjalankan tugasnya di Kampung Sungai Baru
Suasana di Kampung Sungai Baru menjadi kecoh apabila sebahagian penduduk di kawasan tersebut enggan berpindah meskipun pihak berkuasa telah pun mengeluarkan notis menjalankan operasi pengusiran bagi projek pembangunan semula kawasan itu.
Sekitar 15 penduduk berdepan dengan kawalan ketat polis dan terdapat juga individu yang cuba membuat provokasi sebelum operasi berjaya dikawal.
Artikel Berkaitan: “Isu apa sebenarnya ni?” – Kronologi Projek Kampung Sg Baru Yang Korang Patut Tahu – Lobak Merah
5. Subsidi BUDI95 diperkenalkan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95), di mana harga RON95 kini telah turun daripada RM2.50 menjadi RM1.99 seliter.
Subsidi ini juga hanya untuk warganegara dan pengguna perlu menunjukkan MyKad bagi menikmati harga subsidi, mengikut rancangan kerajaan dalam memastikan penjimatan lebih bersasar dan berkesan.
Pengguna hanya perlu ‘tap‘ Mykad mereka di pam minyak untuk sahkan kelayakan dengan pilihan pembayaran melalui tunai, kad atau e-wallet.
Artikel Berkaitan: [TERKINI] Harga Petrol RON95 Turun RM1.99 Dari RM2.05 – Lobak Merah
Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Boleh Semak Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Mulai Hari Ini – Lobak Merah
6. FAM didenda oleh FIFA

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kebangsaan berdepan hukuman berat selepas FIFA mendapati wujudnya pelanggaran serius berkaitan pemalsuan dokumen kelayakan pemain untuk aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 pada bulan Jun yang lalu.
Hasil siasatan telah menyebabkan FAM didenda sebanyak CHF350,000 iaitu sekitar RM1.8 juta manakala setiap pemain terbabit dikenakan denda sebanyak CHF2,000 iaitu sekitar RM10,000 serta digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan.
Kes ini secara tidak langsung telah menjejaskan reputasi FAM ketika persiapan skuad Harimau Malaya ke Piala Asia dan Piala Dunia.
Artikel Berkaitan: Harimau Malaya Berdepan Denda Oleh FIFA, 7 Pemain Kacukan Didakwa Ada Masalah Dokumentasi – Lobak Merah
7. Kes tikam pelajar di Bandar Utama

Pada sekitar Oktober 2025, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dari SMK Bandar Utama Damansara (4) di Bandar Utama, Petaling Jaya didapati maut selepas ditikam berkali-kali oleh seorang pelajar berusia 14 tahun di kawasan tandas sekolah.
Guru yang terdengar jeritan mangsa cuba membantu tetapi keadaan mangsa ketika dijumpai sudah parah dan kemudian suspek terus ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Insiden tragis ini memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia kerana sekolah sepatutnya menjadi kawasan yang selamat bagi para pelajar.
Artikel Berkaitan: Kes T*kam Pelajar Di Bandar Utama, Ini Kronologi Penuh Kejadian Tragis Tersebut – Lobak Merah
8. Donald Trump melawat Malaysia

Sekitar bulan Oktober juga, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump telah membuat lawatan rasmi ke Malaysia bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN-AS yang ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.
Lawatan ini adalah disebabkan atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ianya merupakan lawatan pertama Trump ke Asia Tenggara sejak beliau menjawat kembali jawatan Presiden Amerika Syarikat yang ke-47.
Lawatan ini turut mencuri tumpuan apabila Trump menjemput Anwar untuk menaiki kereta rasmi Presiden AS yang dipanggil sebagai ‘The Beast’ bersamanya di KLIA. Secara tidak langsung, hubungan ini dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat di samping membuka lembaran baharu dalam kerjasama strategik serantau.
Artikel Berkaitan: Presiden AS, Donald Trump Dijadual Tiba Di Malaysia Esok Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari – Lobak Merah
Artikel Berkaitan: Trump Langgar Protokol, Jemput Anwar Naik ‘The Beast’ Bersama! – Lobak Merah
9. Malaysia jadi Pengerusi ASEAN Summit 2025

Pada bulan yang sama juga, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN berjaya mencatatkan dua pencapaian bersejarah semasa menjadi tuan rumah mesyuarat serantau tersebut.
Selain itu, negara kita juga dapat menyaksikan penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai negara anggota terbaharu iaitu yang ke-11. Kejayaan ini adalah hasil sokongan berterusan Malaysia melalui pelbagai usaha bagi mempersiapkan Timor-Leste menjadi anggota penuh.
Malaysia juga menjadi tuan rumah kepada pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemoja yang berjaya menamatkan pertikaian lama antara kedua-dua negara itu.
Rundingan damai yang dimulakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan sebelumnya akhirnya membuahkan hasil di samping disaksikan oleh pemimpin serantau dan antarabangsa seperti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Artikel Berkaitan: Dua Sejarah Terukir Di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Lobak Merah
10. 201 lelaki ditahan di sebuah spa

Kecoh negara kita apabila seramai 201 lelaki, termasuklah 17 penjawat awam seperti doktor, guru dan pegawai tadbir diplomatik telah ditahan dalam satu operasi mengejut di sebuah spa di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur yang dipercayai digunakan untuk kegiatan hubungan songsang.
Premis dua tingkat itu dilengkapi dengan gimansium, sauna, spa dan kolam mandi serta dipercayai telah menarik pelanggan melalui media sosial beberapa bulan sebelumnya.
Bagaimanapun, seramai 171 lelaki warganegara telah dibebaskan selepas permohonan reman ditolak mahkamah atas sebab kekurangan bukti dan tiada aduan rasmi dibuat.
Artikel Berkaitan: 17 Penjawat Awam Antara 201 Lelaki Ditahan Lakukan Aktiviti Hubungan Songsang – Lobak Merah
Artikel Berkaitan: Spa Songsang: 171 Lelaki Dibebaskan, Menteri Agama Jelaskan Sebab Sukar Kenakan Pertuduhan – Lobak Merah
11. Penukaran portfolio dalam kementerian

Pada bulan Disember, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan barisan baharu anggota pentadbiran Kerajaan MADANI dalam satu majlis di Bangunan Perdana Putra sebagai sebahagian daripada penstrutukan semula untuk memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksaan dasar kerajaan menjadi lebih berkesan.
Pelantikan ini melibatkan beberapa pertukaran menteri dan timbalan menteri dalam portfolio utama seperti Hal Ehwal Negara, Ekonomi, Pelaburan, Belia dan Sukan serta Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memperkukuh kepimpinan dalam melaksanakan agenda pembangunan dan dasar-dasar strategik negara dengan harapan ia dapat meningkatkan keberkesanan pentadbiran serta memberi impak positif kepada rakyat secara keseluruhan.
Artikel Berkaitan: “Hannah Yeoh kini..” – PMX Umum Lantikan & Pertukaran Portfolio Baru Dalam Kementerian – Lobak Merah
Sumber: BH

5 hours ago
4






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















