“Siap ada waterpark” – Musim Cuti Sekolah Bakal Tiba, Ini 7 Hotel Yang Mesra Kanak-Kanak

4 hours ago 1

Bercuti dengan anak-anak selalunya mesti datang dengan pelbagai cabaran. Selain soal rehat, ibu bapa pun mesti mahukan anak-anaknya sentiasa terhibur, selamat dan tak sempat pun nak merasa bosan.

Sebab itulah pemilihan hotel pun boleh jadi salah satu faktor penting dalam pelan perancangan percutian bersama keluarga, lebih-lebih lagi bila musim cuti sekolah semakin hampir.

Antara hotel yang paling sesuai untuk seisi keluarga adalah hotel yang mempunyai fasiliti yang lengkap seperti taman tema air, aktiviti khas dan ruang yang sesuai untuk semua lapisan umur.

Jadi, kalau korang tengah mencari lokasi penginapan yang boleh bawa anak-anak bercuti sekali, jom tengok senarai hotel yang mesra kanak-kanak ni.

Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Belanja Besar” – 5 Lokasi Mesra Poket Yang Anak-Anak Pasti Suka – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: ‘Healing’ Hujung Minggu: 5 Port Best Korang Kena Pergi Di Hulu Rening! – Lobak Merah

1. Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya 

sunway resort

Walaupun terletak di tengah bandar, Sunway Resort Hotel menawarkan pengalaman menginap yang terasa seperti percutian yang sempurna buat seisi keluarga.

Menginap di sini sangat memudahkan buat para ibu bapa sebab boleh akses terus ke Sunway Lagoon Theme Park, jadi korang tidak perlu untuk bergerak jauh.

Selain taman tema air, hotel ini turut menyediakan kolam renang khas untuk kanak-kanak serta ruang permainan yang direka untuk si kecil bergerak aktif dengan selamat andai kata korang cuma mahu mengisi masa lapang di kawasan hotel saja.

Hotel ini juga terletak bersebelahan pusat membeli-belah Sunway Pyramid, membolehkan ibu bapa meluangkan masa membeli-belah dengan lebih mudah.

2. Shangri-La’s Golden Sands, Pulau Pinang

shang ri la penang

Hotel yang terletak di sepanjang Pantai Batu Ferringhi ini sangat sesuai bagi keluarga yang ingin mencari percutian di sekitar kawasan pantai.

Resort ini juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti mesra kanak-kanak, menjadikannya sangat mudah bagi ibu bapa yang mahu meluangkan masa berkualiti bersama anak-anaknya.

Antara tarikan utama untuk kanak-kanak ialah seperti Adventure Zone iaitu taman permainan bertingkat yang dibina dengan pelbagai aktiviti menarik di samping menyediakan kolam renang khas dengan taman tema air.

Dengan pelbagai aktiviti yang menarik, hotel ini sememangnya akan membuatkan anak-anak korang tak sempat merasa bosan sepanjang percutian.

3. DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort, Perak

damai laut

DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort ini terletak betul-betul di tepi pantai menjadikan ianya sangat sesuai untuk menjadi sebuah percutian yang menyeronokkan bagi seisi keluarga.

Resort ini juga mempunyai kolam renang infinity yang menghadap laut, jadi korang bolehlah bermandi-manda di kolam renang sambil menikmati keindahan pemandangan pantai di resort ini.

Anak-anak juga pasti akan sukakan resort ini sebab ia menawarkan kolam tenang bertema taman permainan, jadi ianya sangat sesuai bagi ibu bapa yang ada anak-anak yang aktif dan suka bermain air.

Bukan tu je, resort ni siap sediakan sebuah Kids Club, iaitu sebuah pengalaman interaktif di mana anak-anak boleh bermain di sebuah bandar yang mini tapi lengkap dengan kafe, perpustakaan, balai polis bagi anak-anak yang berumur empat hingga 10 tahun.

Manakala bagi anak-anak yang lebih besar pula boleh nikmati permainan seperti Playstation 4 atau menonton wayang di bilik yang disediakan. Macam best kan!

4. Hard Rock Hotel Penang 

rock n roll

Hard Rock Hotel Penang menawarkan pengalaman percutian yang unik dengan tema rock ‘n’ roll. 

Selain ia boleh menarik perhatian peminat muzik, ia masih tetap sesuai untuk menjadi percutian yang menarik bagi keluarga mempunyai anak-anak kecil.

Hotel ini dilengkapi dengan kolam renang besar, gelongsor air dan kawasan air cetek yang sesuai untuk anak-anak kecil serta suite khas seperti Roxity Kids Suites yang memang direka khas untuk kanak-kanak.

Bagi Roxity Kids Club, ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak dari umur empat hingga 12 tahun. Program ini menawarkan pelbagai aktiviti kreatif, seni dan kraf di samping menyediakan aktiviti yang berkonsepkan muzik dan tarian. Anak-anak pasti suka bila ada aktiviti interaktif yang melibatkan muzik.

Bukan itu saja, hotel ini juga ada sediakan kemudahan mesra kanak-kanak dari semua peringkat umur, daripada bayi hinggalah remaja, sangat sesuai kalau ibu bapa mahukan masa berehat tapi anak-anak masih boleh terhibur dengan segala aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel.

5. Lexis Suite Penang

lexissss

Lexis Suite Penang adalah salah satu pilihan yang sesuai untuk keluarga sebab kemudahan dan aktiviti yang disediakan sangat mesra kanak-kanak.

Salah satu tarikan utama di hotel ini adalah setiap suite dilengkapi dengan kolam renang peribadi, jadi ianya sesuai bagi keluarga yang inginkan waktu privasi bersama.

Ditambah pula lokasi hotel ini sangat berhamporan dengan pantai, jadi korang memang dapat menikmati masa keluarga bersama sambil melihat pemandangan pantai yang memakau.

Selain itu, hotel ini menyediakan ruang kanak-kanak iaitu Kidz World dan Games Room yang dilengkapi dengan pelbagai permainan fizikal serta permainan konsol. Anak-anak pasti tidak akan sempat merasa bosan apabila menginap di hotel ini.

6. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur

four points kl

Korang juga boleh mempertimbangkan hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur sebagai pilihan penginapan yang mesra keluarga.

Selain lokasinya yang strategik di tengah bandar Kuala Lumpur, hotel ini turut menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak seperti kolam renang dan kelab kanak-kanak secara percuma.

Selain itu, hotel ini juga menyediakan alatan makan serta hidangan khas untuk si kecil, jadi ibu bapa tak perlu lagi risau tentang pemakanan anak-anak nanti.

Hotel ini juga sangat mudah untuk diakses ke mana-mana juga andai kata kalau korang nak berjalan di sekitar bandar Kuala Lumpur.

7. Resorts World Kijal, Terengganu 

resorts kijal

Selain Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, terdapat sebuah resort di Terengganu menawarkan penginapan yang mesra keluarga dan kanak-kanak.

Lokasi resort ini juga sangat ideal bagi korang yang ingin menikmati pemandangan matahari terbenam sebab ianya terletak di tepi pantai je!

Anak-anak korang juga akan sukakan resort ini ekoran ianya dilengkapi dengan kolam renang, gelongsor, taman tema air mini, taman permainan serta kelab kanak-kanak. Kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel ini dijamin akan membuat si kecil takkan pernah bosan sepanjang penginapan di sini.

Bukan tu je, sekitar kawasan hotel ini juga ada pelbagai aktiviti luar seperti pelepasan anak penyu, ATV, berbasikal, tenis, sukan air dan juga karaoke tau!

Sumber: eCentral 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |