Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor Datuk Ng Suee Lim menegaskan bahawa negeri itu masih mengekalkan dasar larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah.
Beliau mengatakan larangan tersebut masih berkuatkuasa, bagaimanapun negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada dalam menjaga keharmonian masyarakat.
Artikel berkaitan : Seorang Wanita Melahirkan Bayi Di Kawasan Parkir Pusat Beli Belah, Proses Bersalin Dibantu Staf Mall
Artikel berkaitan : Suspek Kes Tembak*n di Setia Alam Larikan Diri Dengan Tahan Sebuah Kereta, Paksa Pemandu Bawa Keluar Dari Pusat Beli Belah
“Kita di Selangor sebagai satu negeri maju dan bertaraf antarabangsa, semua langkah-langkah terkait dengan polisi antarabangsa, kita cuba akan teliti. Seperti di negara tertentu (dasar mereka) mereka memang mesra (haiwan peliharaan), boleh bawa haiwan ke sini, ke sana, masuk ke pusat beli-belah dan sebagainya.”

“Bagaimanapun, berdasarkan budaya kita yang pelbagai kaum dan sebagainya, kita perlu teliti sama ada semua langkah mereka itu boleh atau sesuai diguna pakai di semua tempat, di pusat beli-belah dan sebagainya.”
Beliau yang ditemui selepas menyertai Op Terjah Pembersihan Awam di Seksyen 7, Shah Alam semalam berkata demikian selepas diminta untuk mengulas terhadap isu tindakan sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan masuk ke premis itu.
Sumber : Astro Awani

6 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















