Pelakon Kamal Adli menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan isterinya, Uqasha Senrose yang mengatakan bahawa dia dipukul oleh Kamal Adli.
Dalam temubual selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi, Kamal sanggup bersumpah dan menjunjung al-Quran bagi membuktikan dakwaan itu adalah fitnah.
Artikel berkaitan : Uqasha Tepis Dakwaan Larang Kamal Adli Jumpa Anak
Artikel berkaitan : Kamal Adli Sudah Dua Bulan Tidak Jumpa Anak, Tetap Pendirian Mahu Pertahankan Perkahwinan
Dakwaan itu tidak benar. Demi Allah, saya berani junjung al-Quran dan bersumpah atas nama ibu bapa saya bahawa saya tidak pernah memukul isteri saya. Saya tak pernah angkat tangan, tumbuk atau tarik rambut.”
Kamal juga menyatakan bahawa dia sudah boleh jangka dakwaan sedemikian akan timbul dan mempersoalkan mengapa isu tersebut dibangkitkan kini.
“Kalau benar saya memukul, kemukakan laporan perubatan. Kecederaan boleh berlaku dengan pelbagai cara. Saya berani bercakap kerana saya tahu saya tidak bersalah.”
Berhubung dengan dakwaan gambar kecederaan yang didedahkan, Kamal menyatakan perkara tersebut adalah isu lama yang diulang.
“Gambar itu kejadian lama. Saya persoalkan, lebam itu akibat dipukul atau bagaimana? Tapi tidak mengapa, bagi saya semua ini adalah fitnah. Sejak awal, satu demi satu perkara dibuka mengenai saya. Namun, saya tidak mahu memburukkan dia kerana saya masih menghormatinya sebagai isteri.”
Jelas Kamal, keutamaannya adalah menjaga maruah keluarga dan memastikan anak tunggal mereka, Hawra Uqaira tidak terkesan dengan konflik ibu bapanya.
“Saya tidak mahu anak tahu masalah kami. Itu tidak baik untuk perkembangan dia. Saya sakit dengan apa yang berlaku, tetapi saya simpan sendiri. Saya senyum di luar, namun hakikatnya saya terluka.”
Dalam pada itu, Kamal menjelaskan bahawa dia enggan melepaskan isterinya biarpun sudah tiada persefaham adalah kerana mahu mempertahankan rumah tangga demi anak.
“Saya tak mahu Hawra membesar dalam keluarga yang tidak lengkap. Sebab itu saya tidak melafazkan talak. Namun, jika Allah menentukan sebaliknya, saya reda.”
Dalam satu video temubual, dapat dilihat Kamal seperti sedang menahan rasa amarah dengan dakwaan yang dilemparkan oleh Uqasha.
@hotfm976_Kamal Adli tidak dapat menahan ‘amarah’ susulan laporan dan dakwaan yang dibuat isterinya, Uqasha Senrose. #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #TerbaikSentiasaHangat #RadioNo1 #KJjadiDJ Kredit: @OHBULAN!
♬ original sound – Hot FM – Hot FM
Sumber : Berita Harian, TikTok, Instagram

4 hours ago
4






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















