Polis menahan empat individu yang terdiri daripada remaja bawah umur dipercayai terlibat dalam aksi ‘wheelie’ secara berbahaya di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur susulan tular video berkenaan di media sosial sehingga mengundang kebimbangan pengguna jalan raya, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian itu dikesan selepas satu video berdurasi 44 saat dimuat naik di media sosial pada Ahad lepas, yang memaparkan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya bersama pembonceng di jalan raya awam.
Menurutnya, tangkapan melibatkan dua penunggang motosikal lelaki serta dua pembonceng perempuan berusia antara 15 hingga 18 tahun.
“Mereka dipercayai terlibat dalam rakaman video tular memaparkan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi ‘wheelie’ secara berbahaya di Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak dan Jalan P. Ramlee.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Artikel berkaitan: Polis Buru Mat Motor Berbaju Melayu, Payung Aksi ‘Wheelie’ Berbahaya Di Kota Bharu
Artikel berkaitan: 2 Budak Tingkatan 1 Maut, Motosikal Bertembung Sesama Sendiri Ketika Buat Aksi ‘Wheelie’
JSPT Kuala Lumpur menegaskan pihaknya memandang serius kegiatan samseng jalanan yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
Sumber: Facebook

8 hours ago
12














![[TERKINI] DUN Johor Bubar Secara Rasmi Hari Ini, Beri Laluan Untuk PRN Ke-16](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/collage-4.png)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















