Trump Langgar Protokol, Jemput Anwar Naik ‘The Beast’ Bersama!

11 hours ago 6

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pagi tadi menjadi tumpuan apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencetus kejutan sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, apabila beliau melanggar protokol keselamatan dengan menjemput Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menaiki kereta rasmi Presiden AS, ‘The Beast’, bersamanya.

Kejadian tidak dijangka itu dikongsikan sendiri oleh Anwar yang menyifatkan Trump sebagai seorang pemimpin yang “berani dan penuh kejutan.”

“Ketika ketibaan beliau, Trump jemput saya untuk naik kenderaan bersamanya. Saya kata, itu bertentangan dengan peraturan keselamatan dan protokol.

“Tapi beliau teruja untuk melanggar peraturan itu, dan perjalanan kami menjadi pengalaman yang cukup bermakna,” katanya.

Insiden santai itu berlaku sebelum kedua-dua pemimpin menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Damai Thailand-Kemboja di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Artikel berkaitan: Lagi Anggota Trafik Terlibat Kemalangan Ketika Iringi Delegasi ASEAN

Artikel berkaitan: RTM Mohon Maaf, Salah Sebut Nama Presiden Indonesia Semasa Siaran Langsung ASEAN

571362533 1393692608806319 7218165846332427172 n

Dalam pada itu, Anwar sempat berseloroh bahawa kadangkala demi keamanan, ada peraturan yang perlu ‘dilanggar’.

“Dunia perlukan pemimpin yang berani memperjuangkan keamanan, dan untuk capai itu, kadang-kadang kena langgar sedikit peraturan, seperti yang beliau (Trump) buat hari ini,” katanya.

Menurut Anwar, perjalanan singkat bersama Trump dalam ‘The Beast’ memberi ruang kepada mereka berbual secara dua hala mengenai isu-isu global termasuk konflik Gaza.

“Mendengar sendiri tekad beliau memastikan keamanan di kawasan paling sukar dan berkonflik amat mengagumkan. Apa yang kelihatan mustahil, beliau buktikan boleh dicapai dengan keberanian dan empati,” ujar Anwar lagi.

571225688 1393692468806333 6193070329072470863 nKenderaan rasmi Presiden AS, ‘The Beast’

Difahamkan, bukan kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia menaiki kenderaan rasmi Presiden AS. Terdahulu, imej Datuk Seri Najib Razak menaiki limosin presiden bersama Barack Obama turut pernah tular.

Trump yang tiba pagi tadi disambut dengan persembahan budaya di permaidani merah turut sempat berinteraksi dengan petugas sambutan sebelum bergerak ke KLCC bersama Anwar.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |