Ft Rempit Anak Bini

Tindakan seorang lelaki membuat aksi ‘wheelie’ sambil membonceng seorang wanita dan anak kecil telah mencuri tumpuan ramai netizen di media sosial.

Dalam video tersebut, dilihat wanita yang dipercayai isterinya duduk di bahagian belakang sementara seorang kanak-kanak yang didakwa anak pasangan itu duduk di bahagian bakul depan ketika aksi itu dilakukan.

Artikel berkaitan: “Adik bukan & minah rempit”- Abang Jururawat Maut Terbabas Dalam Perjalanan Ke Himpunan RXZ Members Kongsi Arwah Memang Minat Aktiviti Permotoran

Artikel berkaitan: [VIDEO] Disoal Mat Salleh Tentang ‘Lumba Haram’, Cara Mat Rempit Ini ‘Speaking’ Raih Perhatian Ramai

Ingat nyawa bang – Netizen

Melihat video tersebut, ramai netizen meluahkan rasa bengang dan marah dengan tindakan lelaki ini dan bersimpati dengan nasib anak kecil tersebut, selain daripada bimbang dengan keselamatan anak kecil tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga yang menggesa pihak berkuasa untuk segera ambil tindakan kepada individu terbabit.

Rempit Rempit 2 Rempit 3

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan telah membuat pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi menangani isu mat rempit yang sering melakukan aksi berbahaya di lebuh raya.

Sumber : Thread, BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.