“Biarlah anak pergi dahulu, jika saya bimbang…” – Pasangan Warga Emas Cekal Jaga Anak Terlantar Sejak 41 Tahun Dulu

8 hours ago 12

Pasangan warga emas dari Besut, Terengganu ini terus tabah dalam menjaga dan menguruskan anak perempuan mereka yang berstatus orang kurang upaya (OKU) yang terlantar sejak 41 tahun lalu.

Ibu yang dikenali sebagai Halimah Said, 65, mengatakan yang dia tidak pernah lelah menguruskan anaknya, Rosnani Mat Ail, 41 tetapi dia begitu bimbang nasib anak istimewanya itu seandainya dia dan suami, Mat Ail Mamat, 78 yang dijemput Ilahi dahulu.

Artikel berkaitan: Sayu! Ibu Dapat Tahu Anak OKU Makan Sisa Tong Sampah Dekat Pusat Jagaan

Artikel berkaitan: Ebit Lew Hadiahkan Perodua Bezza Kepada Wanita Jaga Makcik OKU Naik Roda Tiga

Menceritakan detik melahirkan anaknya, Halimah mengatakan bahawa Rosnani yang merupakan anak keempat daripada 11 beradik itu dilahirkan normal, namun mengalami kekurangan bekalan oksigen yang kritikal semasa dilahirkan.

“Harapan saya biarlah anak ini ‘pergi’ dahulu sebelum saya. Jika ditakdirkan saya yang ‘pergi’ dahulu, bimbang tiada orang nak jaga dia nanti. Kakak keduanya juga sudah meninggal dunia kerana penyakit darah tinggi ketika berumur 29 tahun.”

Tambah Halimah lagi, keadaan fizikal pada anaknya itu mula dikesan semasa usia Rosnani lapan bulan setelah badannya menjadi mengeras dan perkembangannya juga lebih lambat berbanding bayi seusia dengannya.

Screenshot 2026 07 22 154116

“Sehingga kini proses penjagaan sama seperti menjaga seorang bayi seperti memberi minum susu menggunakan botol serta menukar lampin pakai buang.”

“Dia tidak boleh makan makanan pejal kerana mudah tersedak kerana tidak pandai menelan makanan seperti orang normal.” 

Jelasnya lagi, salah satu cabaran utama menguruskan anaknya yang mempunyai berat kira-kira 30 kilogram itu adalah perlu mengusungnya untuk ke bilik air untuk mandi.

“Selalunya saya akan minta tolong cucu untuk sama-sama angkat kerana tidak mampu buat seorang diri disebabkan faktor usia serta kerap mengalami masalah sakit lutut.”

“Namun apabila musim hujan selalunya saya akan lapkan sahaja badannya dengan kain dan akan mandikan beberapa hari sahaja dalam seminggu.”

Tambahnya lagi, pengalaman untuk menguruskan ramai anak semasa masih kecil sangat menyentuh emosi peribadinya.

“Setiap kali melahirkan anak, saya seolah seperti bersalin anak kembar kerana perlu menjaga keperluan dua anak serentak, anak kecil serta anak OKU.”

Setakat ini, Halimah ada menerima bantuan RM500 daripada Jabataan Kebajikan Masyarakat untuk keperluan susu serta lampin pakai buang.

Screenshot 2026 07 22 154204

“Walaupun dia tidak mampu bercakap namun dia faham apa yang orang cakap, suka ketawa dan sangat sensitif.”

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan boleh salurkan menerusi nombor akaun 11118-41-00013168-5 (BSN) atas nama Mat Ail Mamat.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |