Kebelakangan ini, kalau borak dengan pemilik atau pemandu kenderaan diesel, antara topik yang selalu dibangkitkan mestilah pasal kos minyak. Sejak pelaksanaan sistem penyasaran subsidi, ramai yang tertanya-tanya sama ada mereka masih layak menikmati subsidi ataupun tidak. Tapi jangan risau dulu…
Sebab baru-baru ni, kerajaan umumkan beberapa perubahan berkaitan BUDI MADANI yang bertujuan memastikan subsidi diesel dapat diagihkan dengan lebih bersasar untuk mereka yang benar-benar layak.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, langkah ini diperkenalkan bagi memastikan mekanisme subsidi diesel menjadi lebih cekap, di samping memudahkan urusan individu serta pemilik perniagaan yang layak menikmati subsidi.

Disebabkan terdapat beberapa perubahan yang diumumkan dalam tempoh yang singkat, mesti ramai yang masih keliru tentang apa sebenarnya yang berubah. Jadi, ini lima perkara yang korang kena tahu.
1. Harga diesel bersubsidi kini RM2.10 seliter
Mulai 1 Julai 2026, pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak boleh menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter di bawah BUDI Diesel. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan melalui BUDI MADANI.
Bagi penerima yang layak untuk BUDI MADANI Diesel, subsidi ini boleh dinikmati mengikut kuota yang telah ditetapkan melalui kaedah pembelian yang disediakan.
Bukan tu je, untuk pemilik jip dan pikap persendirian, korang boleh memohon 100 liter tambahan melalui budimadani.gov.my dan membuat Permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel kepada ahli keluarga yang menggunakan kenderaan tersebut.

2. Dua perubahan penting yang ramai mungkin terlepas pandang
Selain memperluaskan kelayakan subsidi diesel untuk syarikat melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ke Sabah, Sarawak dan Labuan, kerajaan turut mengumumkan dua perubahan penting yang ramai mungkin terlepas pandang.
Bagi pemilik perniagaan, pickup dan jip milik syarikat kini boleh dapat diesel bersubsidi melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) – sama ada kenderaan persendirian syarikat, milikan tunggal atau perkongsian, tertakluk pada syarat seperti kenderaan berdaftar dengan Kod Kegunaan AE serta permohonan yang diluluskan melalui portal MySubsidi.
Selepas diluluskan, pemilik perniagaan boleh memohon PETRONAS SmartPay Fleet Card untuk menikmati subsidi diesel di stesen PETRONAS.
Selain itu, had pembelian diesel sebanyak 50 liter, 100 liter dan 150 liter di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan turut dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2026, sekali gus memudahkan pengguna yang layak mendapatkan diesel bersubsidi tanpa lagi tertakluk kepada had pembelian sebelum ini.

3. Nak semak kelayakan atau nikmati subsidi BUDI DIESEL? Setel boleh ‘setelkan’ semuanya
Ramai yang ingat proses menyemak kelayakan atau menikmati subsidi diesel agak rumit.
Sebenarnya, salah satu cara paling mudah untuk menikmati BUDI MADANI Diesel ialah melalui aplikasi Setel.
Dengan Setel, semuanya boleh dilakukan dalam satu aplikasi.
Korang hanya perlu:
- Muat turun atau buka aplikasi Setel
- Pilih menu BUDI MADANI
- Sahkan identiti menggunakan MyKad (sekali sahaja)
- Semak status kelayakan
Lepastu, boleh terus nikmati subsidi diesel di semua stesen PETRONAS!

Selain itu, aplikasi Setel juga membolehkan pengguna:
- Menyemak baki kuota subsidi pada bila-bila masa
- Melihat harga diesel yang layak diterima
- Menggunakan ciri One-Tap Fueling untuk pengalaman mengisi minyak yang lebih cepat tanpa perlu beratur di kaunter
Dengan semuanya berada dalam satu aplikasi, menikmati manfaat BUDI Diesel kini lebih mudah — daripada semakan kelayakan hinggalah pembelian diesel. Lebih menarik, ahli juga boleh menikmati sehingga 3x mata ganjaran Mesra Rewards dengan setiap pembelian!
4. Pemilik bisnes pun boleh nikmati subsidi dengan lebih mudah melalui PETRONAS SmartPay Fleet Card
Bagi syarikat yang mempunyai beberapa buah kenderaan, Fleet Card bukan saja memudahkan pembelian diesel bersubsidi, malah membantu merekod dan memantau transaksi bahan api dengan lebih sistematik.
Antara kelebihan PETRONAS SmartPay Fleet Card ialah:
- Pendaftaran percuma tanpa yuran tahunan
- Pilihan pelan pembayaran yang fleksibel mengikut keperluan syarikat termasuk Kad Digital PETRONAS SmartPay via Setel
- Rekod transaksi bahan api yang lebih teratur dan mudah dipantau
- Perlindungan keselamatan tambahan melalui nombor PIN
- Boleh digunakan di lebih 1,000 stesen PETRONAS di seluruh negara
Proses permohonannya juga cukup mudah.

Selepas permohonan SKDS diluluskan, pemilik perniagaan hanya perlu memohon PETRONAS SmartPay Fleet Card, melengkapkan dokumen yang diperlukan dan menunggu kad dihantar sebelum boleh mula menikmati subsidi diesel di stesen PETRONAS.
Bagi syarikat yang mempunyai beberapa buah kenderaan, penggunaan Fleet Card juga memudahkan pemantauan perbelanjaan bahan api tanpa perlu menyimpan resit secara manual atau membuat semakan satu persatu.
Mudahkan urusan, nikmati subsidi dengan Setel & PETRONAS SmartPay

Dengan pelbagai penambahbaikan yang diumumkan, kini lebih mudah untuk individu dan pemilik perniagaan menikmati manfaat di bawah BUDI MADANI.
Bagi pengguna individu, Setel memudahkan segala urusan daripada semakan kelayakan sehinggalah pembelian diesel, manakala PETRONAS SmartPay Fleet Card pula membantu pemilik perniagaan mengurus pembelian bahan api dengan lebih mudah dan sistematik.
Kalau korang masih belum menyemak kelayakan, boleh portal BUDI MADANI atau laman rasmi PETRONAS untuk maklumat lanjut.

6 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















