Tindakan tegas kerajaan yang tidak membenarkan mana-mana warganegara Israel berada di negara ini telah mendapat perhatian beberapa ahli kongres Amerika Syarikat (AS), apabila lapan wakil rakyat negara itu mendesak untuk menilai semula hubungan keselamatan dan ekonomi Washington dengan Malaysia.
Pihaknya telah mengemukakan surat rasmi kepada Setiausaha Negara, Marco Rubio yang mendakwa pendirian Malaysia itu ‘membimbangkan’ serta mahu pertimbangkan penggantungan pembiayaan latihan ketenteraannya.
Dalam surat bertarikh 21 Julai itu, ahli Dewan Perwakilan daripada Parti Demokrat yang diketuai anggota Kongres Ohio Greg Landsman berkata walaupun tindakan Malaysia yang tidak mengiktiraf Israel sudah lama diketahui, keputusan untuk memburu dan mengusir individu semata-mata berdasarkan kewarganegaraan mereka adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Artikel berkaitan: Isu ‘Network School’ & Dakwaan Warga Israel Di Forest City, KDN Jalankan Siasatan
Artikel berkaitan: Kerajaan Johor Batal Lesen & Arah Network School Forest City Henti Operasi Mula Esok

Ahli Kongres berkenaan turut menyentuh bantuan keselamatan AS kepada Malaysia, termasuk program International Military Education and Training (IMET) yang membiayai latihan profesional untuk anggota tentera Malaysia.
Dalam kenyataan sama, ahli-ahli kongres itu membangkitkan isu hubungan Malaysia dengan pergerakan Hamas, di samping menyelaraskan perkara tersebut dengan bantuan keselamatan yang diterima Malaysia.
Sehubungan itu, mereka menggesa Jabatan Negara AS untuk mempertimbangkan penggantungan pembiayaan IMET sekiranya dasar berkenaan tidak diubah dalam tempoh 15 hari.
Isu itu timbul selepas kenyataan Anwar berhubung dakwaan terdapat warga Israel yang menggunakan pasport negara lain untuk memasuki Malaysia dan menyertai komuniti digital nomad dikenali sebagai Network School di Forest City, Johor.
Pemegang pasport Israel secara amnya tidak dibenarkan memasuki Malaysia tanpa kelulusan kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Sumber: FMT

13 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















