Jpwpkl Ft

Kes pergaduhan membabitkan kumpulan pelajar di luar premis sekolah yang tular di media sosial baru-baru ini kini diserahkan untuk proses tindakan perundangan susulan siasatan polis yang sudah lengkap sepenuhnya.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menegaskan komitmen mereka dalam memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis, selain tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan keganasan melibatkan warganya.

Jpwpkl

“JPWPKL mengambil serius insiden pergaduhan membabitkan murid yang berlaku di kawasan perumahan sebagaimana tular dalam media sosial. JPWPKL tidak berkompromi dengan sebarang salah laku keganasan membabitkan warganya. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa saja yang bersalah.”

Artikel berkaitan: Video Tular B*lasah Rakan Sampai Pendarahan Otak, Polis Sahkan 4 Remaja Umur 14 Tahun Ditahan

Artikel berkaitan: Remaja Buli Rakan Sekolah, Cacah Tatu Ikan Kap Secara Paksa Pada Kaki Mangsa

Pihak JPWPKL dalam masa sama menggesa warganet supaya menghentikan sebarang spekulasi serta tidak menularkan identiti individu bawah umur yang terlibat bagi mengelakkan tindakan di bawah peruntukan undang-undang.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan seorang remaja lelaki dipukul sehingga mengalami kecederaan parah oleh sekumpulan pelajar berteraskan pakaian sukan sekolah di sebuah kawasan residensi di Cheras.

Rumah Gh

Susulan laporan polis oleh ibu mangsa, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras mengesahkan penahanan empat remaja lelaki berusia 14 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sumber: JPWPKL, Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.