Permainan Squishy Dumpling kini sedang menjadi kegilaan orang ramai dan sedang menjadi trend di media sosial.
Bagaimanapun, siapa sangka permainan yang comel dan menarik itu didakwa mengandungi bahan tertentu yang dikhuatiri boleh mendatangkan risiko terhadap kesihatan.
Artikel berkaitan: Jabatan Kimia Sahkan Tiada DNA Bab* Dalam Sandwic Ham & Cheese
Artikel berkaitan: Perketat Penggunaan, Kerajaan Akan Guna Pengesahan Umur Untuk Aplikasi OMi, Permainan Roblox
Ia selepas ada individu dari Threads kongsikan satu lampiran yang memperlihatkan notis penarikan balik produk itu dari United Kingdom yang melaporkan bahawa ada risiko bahan kimia pada permainan itu.
“Parents sila ambil perhatian. Squishy dumpling ni memang tengah viral sekarang dalam kalangan anak-anak.”
“Tapi ada report from UK yang kata benda ni ada side effect untuk kesihatan. Kalau ada anak-anak yang main benda ni, boleh la consider untuk buang.”

Lampiran tersebut menyatakan bahawa produk keluaran dari China itu mengandungi benzene yang kepekatannya berlebihan sebanyak 20 miligram bagi setiap kilogram pada lapisan luar produk itu dan ia dikategorikan sebagai risiko kimia yang serius.
Jika dihidu, ia boleh menyebabkan kerengsaan pada mata, hidung dan tekak, bahkan pendedahan dalam kuantiti yang banyak pula berpontensi boleh menyebabkan rasa terbakar pada saluran pencernaan serta kerengsaan kulit.
Di UK, permainan itu tidak memenuhi keperluan Peraturan Keselamatan Mainan 2011 dan memerlukan penambahbaikan dari segi pelabelan.
Sumber: Threads

7 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















