Myfj Ft

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan pasaran buruh tempatan apabila sebanyak 96,700 peluang pekerjaan aktif kini sedia dimohon oleh anak tempatan menerusi portal MYFutureJobs kendalian PERKESO.

Secara keseluruhannya, platform berkenaan telah merekodkan sebanyak 668,321 kekosongan jawatan diiklankan sehingga akhir Jun lalu, sekali gus mencerminkan permintaan tenaga kerja yang kekal tinggi merentasi pelbagai sektor dan peringkat kemahiran.

Kesuma Pfp

Menariknya, tawaran pekerjaan yang ada bukan sekadar mengisi kekosongan biasa. Daripada keseluruhan jawatan aktif tersebut:

  • Hampir 40% terdiri daripada sektor berkemahiran tinggi

  • Lebih 30% merangkumi bidang TVET

  • Hampir 20% menawarkan julat gaji melebihi RM5,000 sebulan

Kerja Gh

Artikel berkaitan: Ribuan Hilang Kerja Dalam Masa Singkat, KESUMA Sedia Umum Bantuan Baharu

Artikel berkaitan: Semasa PERKESO Salur Sumbangan Lebih RM500,000 Buat Golongan Memerlukan

Bagi memastikan persediaan pencari kerja lebih mantap, PERKESO turut menyediakan perkhidmatan sokongan komprehensif merangkumi padanan pekerjaan, kaunseling kerjaya, semakan resume, persediaan temu duga, hingga ke program latihan semula dan peningkatan kemahiran.

Bukan itu sahaja, pendekatan turun ke padang turut diperkasakan melalui Karnival Kerjaya MYFutureJobs di seluruh negara sebagai antara inisiatif memperkasakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Myfuturejobs Pfp

Sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini sahaja, sebanyak 2,989 program telah dianjurkan di seluruh negara dan telah memanfaatkan lebih 86,000 pencari kerja, dengan 14,029 individu berjaya meraih pekerjaan manakala 15,809 lagi mara ke sesi temu duga susulan.

Istimewa buat mereka yang perlu berpindah daerah atau negeri demi memulakan tugas baharu, Kerajaan MADANI menerusi PERKESO turut menyalurkan Bantuan Mobiliti sehingga RM1,000 bagi meringankan beban kewangan awal.

Orang ramai yang sedang berhasrat membina kerjaya baharu atau mencari peluang pekerjaan yang lebih baik disaran memanfaatkan sepenuhnya kemudahan di platform MYFutureJobs.

Sumber: KESUMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.