Pelakon dan usahawan popular, Abby Abadi, menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai membabitkan anak dan menantunya, Marissa Dania bersama Ahmad Aslam.
Abby, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan yang kini berusia 49 tahun, memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai prosiding tersebut. Sebaliknya, dia hanya memuat naik hantaran ringkas di InstaStory miliknya berserta dengan ulang siar sebuah video daripada portal hiburan yang memaparkan kehadiran pasangan tersebut di mahkamah.
Artikel berkaitan: “Semoga jadi pengajaran buat kita berdua” – Aslam Reda Perkahwinan Dengan Marissa Berakhir
Artikel berkaitan: Hanya Geleng Kepala Ketika Ditanya, Marissa Dania Menangis Selepas Keluar Mahkamah?

“Alhamdulillah,” katanya ringkas.
Sebelum ini, Abby merupakan antara individu yang paling ke hadapan dan lantang bersuara mengenai isu domestik anaknya, malah dia secara terbuka menyokong sekiranya perpisahan adalah jalan terbaik buat mereka.
Beliau juga berulang kali mendesak Aslam yang berusia 27 tahun untuk bertanggungjawab atas konflik yang berlaku, di samping sentiasa mendoakan agar Marissa yang berumur 21 tahun diberikan kekuatan untuk mengharungi ujian rumah tangga serta cabaran hidup berpoligami.
Ikatan perkahwinan Aslam dan Marissa akhirnya menemui titik noktah hari ini apabila mahkamah mengesahkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri. Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Nadiah Khamis, selepas meneliti hujah kedua-dua belah pihak dalam prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk tersebut.
Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, mahkamah menetapkan bahawa lafaz talak yang dibuat sebelum ini adalah sah, sekali gus membubarkan perkahwinan mereka secara rasmi.
Sebagai rekod, perkahwinan pasangan ini pernah mencetuskan kontroversi hebat apabila mereka dilaporkan bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023, ketika Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.
Sepanjang ikatan perkahwinan tersebut, Aslam dilaporkan pernah melafazkan cerai dan rujuk sebanyak dua kali, masing-masing pada September 2024 dan April tahun lalu, sebelum mereka mengambil keputusan untuk rujuk semula beberapa bulan kemudian. Bagaimanapun, keputusan mahkamah hari ini akhirnya menamatkan segala spekulasi dan menjadi penentu muktamad kepada hubungan mereka.
Sumber: Instagram

10 hours ago
12






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















