Seorang wanita didakwa kerap membuang najis di hadapan sebuah kedai di Seremban sehingga mencetuskan rasa kurang senang peniaga.
Menerusi perkongsian di Facebook Negeri Sembilan Kini, peniaga yang mengadu mengenai isu itu mendakwa pihaknya terpaksa membersihkan najis hampir setiap minggu akibat perbuatan wanita berkenaan yang dipercayai seorang warga emas.
“Assalamualaikum admin, mohon bantuan post. Kejadian berlaku di Taman Dusun Setia, Seremban, seorang wanita dipercayai warga emas telah kerap kali membuang air besar di hadapan kedai kami berniaga di kawasan ini.
“Disebabkan terlalu kerap berlaku, pihak kedai akhirnya memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kali ini individu terbabit berjaya dirakam sekitar jam 6 pagi,” katanya.
Artikel berkaitan: Tular Video Didakwa Pelancong China Selamba Buang Air Besar Luar Homestay Di Cameron Highlands
Artikel berkaitan: “Patutlah segar bugar pegaga tu” – Individu Marah Warga Asing Buang Air Besar Tepi Longkang
Ujarnya, tujuan perkongsian berkenaan bukan untuk membuka aib sesiapa sebaliknya berharap waris atau individu berkenaan dapat tampil menegur dan memantau.
“Kami tak dapat lagi berpeluang berjumpa dan bukanlah nak malukan. Kami hanya mencari rezeki berniaga disini, kalau perkara macam ini berulang kali berlaku memang sukar untuk bertahan sabar,” katanya lagi.
Sehubungan itu, pihak kedai berharap isu tersebut dapat diselesaikan secara baik dan tidak berulang lagi.
Dalam pada itu, netizen berpendapat pihak peniaga boleh membuat laporan polis bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi di hadapan premisnya.
Sumber: Facebook

7 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















