collage 35

Dr Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie tampil berkongsi beberapa posting di Threads mengenai tindakan bekas suaminya, Nubhan, yang didakwa mengeluarkan semua barangan miliknya dari rumah tanpa pengetahuannya.

Menurut Dr Afifah, dia ketika ini berada di luar negara dan langsung tidak dimaklumkan oleh bekas suaminya mengenai barangan miliknya yang dibawa keluar dari rumah yang didiami bersama anak-anak.

Lebih menyedihkan, Dr Afifah turut mendedahkan barangan miliknya dicampak di hadapan rumah ibunya, malah perkara tersebut bukan kali pertama berlaku.

Artikel berkaitan: Nubhan Nafi Dakwaan Bibik Cium Anak Sakit, Jelaskan Situasi Sebenar

Artikel berkaitan: Isteri Tidak Tahu Nubhan Ada Beli Rumah Di Dengkil, Kes Cerai Tangguh 2 Disember

Di dalam posting lain, Dr Afifah turut memuat naik gambar barangan miliknya yang dikeluarkan dari rumah, berserta kapsyen yang mempersoalkan keberadaan barangan berharga seperti wang dan emas miliknya.

“Barang-barang berharga siapa pegang? Duit-duit, emas-emasku mana??? Sekarang tak boleh balik ya. Kita diluar negara.”

Dr Afifah turut mempersoalkan kenapa barangan peribadinya diusik dan dibuang tanpa pengetahuannya.

Pemberian hadiah hanya atas dasar content 

Selain itu, Dr Afifah memberikan kenyataan tentang rumah dan kereta di mana kedua-dua harta itu adalah di bawah nama bekas suaminya, Nubhan.

Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan kononnya menerima kereta, rumah dan klinik sebagai hadiah, sebaliknya menyatakan perkara tersebut hanyalah untuk tujuan content semata-mata.

Screenshot 2025 12 30 113721

Dr Afifah meluahkan rasa sedih dan terkejut atas tindakan bekas suaminya kerana tidak berbincang dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan semua barangannya dari rumah.

Sebagai info, Dr Afifah dan Nubhan sah bercerai talak dua pada 2 Disember lalu setelah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.