Bila Allah nak bagi rezeki, ia akan datang dari pelbagai sudut.
Keikhlasan yang dipamerkan seorang mekanik yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan baru-baru ini membuka satu pintu rezeki yang tidak disangka apabila dia dihadiahkan dua tiket penerbangan umrah daripada sebuah syarikat televisyen.
Hadiah berkenaan diterima Mohd Yusof Mohd Noor atau mesra dipanggil Usop menerusi satu majlis disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, semalam.
Usop berkata, dia menerima jemputan daripada syarikat televisyen AlHijrah untuk menghadiri satu majlis (semalam) kerana ibunya suka menonton rancangan siaran mereka.

Artikel berkaitan: Pihak Restoran Terharu, Ramai Mahu Jumpa Dicky Lepas Tular Kisah Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan
Artikel berkaitan: Kisah Dicky & Abang Minyak Hitam Jalanan Buat Baim Wong Tersentuh, Mahu Jemput Individu Tular Ke Premiere Filem
Tiket umrah untuk mak
Menurut Usop, tajaan yang diterima itu merupakan peluang bermakna kerana ia membolehkannya menunaikan hasrat lama untuk membawa ibunya ke Tanah Suci.
“Aku datang memang tak berharap apa-apa langsung. Tahun lepas aku cakap dengan isteri aku, ‘mama nanti bisnes kita dah maju, abang nak bagi mak pergi umrah, kita simpan sikit-sikit duit nanti’.
“Aku pun sampai duduk makan apa semua, datang bos besar AlHijrah sebelah aku. Dia cakap dengan aku, ‘Usop awak pernah pergi umrah ke haji ke? Saya tak pernah lagi tuan’,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.
“Rupa-rupanya menteri agama dan bos besar bagi tiket untuk pegi umrah. Allahuakbar, alhamdulillah rezeki. Aku terus WhatsApp mak bagi tahu dia.”
“Mak Usop nak mak pergi umrah. Alhamdulillah, sebelum ni ada niat untuk mak, alhamdulillah ni rezeki mak. Rezeki milik Allah,” katanya.
Tambah Usop, dia tidak pernah mengharapkan sebarang balasan sepanjang tujuh tahun menghasilkan kandungan ‘Minyak Hitam Jalanan’ di media sosial yang memaparkan bantuan kepada pengguna jalan raya secara percuma hasil infak orang ramai.
“Saya cuma jalankan tanggungjawab sebagai orang yang diamanahkan untuk salurkan infak orang ramai.
“Saya juga tak berani ambil duit infak banyak-banyak sebab takut tersalah guna atau gelap mata. Apa yang saya buat ini sekadar membantu setakat mampu,” katanya.
Sementara itu, netizen yang melihat kisah mekanik ini turut berasa gembira kerana nilai kemanusiaan masih lagi subur dalam masyarakat.

9 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















