Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita bertindak agresif terhadap kru kabin dalam penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur.
Wanita yang mendakwa dirinya pramugari sebuah syarikat penerbangan lain itu mula menjerit-jerit selepas permintaannya tidak dipenuhi.
Artikel berkaitan: Lepas Tular Menyamar Jadi Pramugari, ‘Kak Nisa’ Dapat Tajaan Penuh Akademi Penerbangan
Artikel berkaitan: Kecoh! Lelaki Mengamuk Kejar Polis Sambil L*bas Pis*u Pemotong Daging
@themalaymailAn AirAsia flight from Chongqing to Kuala Lumpur was delayed after a passenger was removed following an onboard dispute. The situation reportedly began when the passenger refused to comply with a flight attendant’s instruction not to use a mobile phone before takeoff, citing a language barrier and insisting on communication in Mandarin. The disagreement escalated and caused disruption in the cabin. Airport staff and security officers later intervened and escorted the passenger off the aircraft. The flight then proceeded and departed after the situation was resolved.
♬ original sound – themalaymail – themalaymail
Kekecohan bermula apabila dia mendakwa penumpang lain merakam videonya secara rahsia. Kru kabin bertugas, Syafiq Jisma, menjelaskan bahawa wanita itu sebenarnya sudah mula berang sejak rakannya gagal melepasi pemeriksaan imigresen lagi.
Syafiq cuba menegur dengan sopan agar dia merendahkan suara, namun keadaan menjadi lebih tegang apabila wanita tersebut mula mempertikaikan kru yang tidak mahir berbahasa Mandarin dan menuntut pampasan kewangan dengan segera.

“Saya menghampirinya dan meminta dengan sopan agar dia merendahkan suara… Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, saya terpaksa berdiri di antara mereka,” jelas Syafiq menerusi Instagram miliknya.
Padah Tak Patuh Arahan
Disebabkan keengganannya untuk bertenang, kapten pesawat terpaksa berpatah balik ke terminal. Anggota polis kemudiannya menaiki pesawat untuk mengeluarkan wanita berkenaan demi faktor keselamatan. Akibat insiden ini, penerbangan tertunda selama satu jam 22 minit.

Rata-rata netizen memberikan kecaman terhadap wanita itu selain memuji kesabaran kru kapal terbang tersebut.
Dalam pada itu, dalam laporan AsiaOne Pengurus Besar AirAsia X Bhd, Benyamin Ismail, memuji tindakan profesional kru kabin yang tenang mengendalikan situasi mengikut prosedur, serta berterima kasih kepada pihak berkuasa atas tindakan pantas mereka.

2 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















