Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan pemandu kepada sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) dilihat telah mengacukan senjata menyerupai pistol ketika memandu di Kilometer (KM) 37 Lebuh Raya Hubungan Timur Barat, Kuala Lumpur.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chan Hook berkata, pihaknya yang menerima laporan susulan video tular itu telah menahan suspek yang merupakan warga emas berusia 60 tahun.
Artikel berkaitan: 16 Orang Disahkan M*ut Dalam Insiden Temb*kan Pantai Bondi, Ini Kronologi Kejadian Serangan Bersenjata Di Australia
Artikel berkaitan: Wanita Dituduh Miliki P*stol, Dipercayai Dibekalkan Kepada Warga Israel
Menurutnya, kejadian sekitar pukul 4 petang itu berlaku apabila sebuah kereta telah memasuki lorong kiri tanpa memberi signal menyebabkan suspek tak puas hati lalu memotong semula kenderaan terbabit.
Semasa suspek potong balik, pemandu lelaki tersebut buka cermin kereta dan memarahi suspek.
“Suspek kemudian turunkan cermin kereta dan tunjuk pistol mainan kepadanya sebelum beredar,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, suspek berjaya ditahan polis kira-kira jam 7 malam dan mengaku mengacukan objek dipercayai pistol mainan.
Dalam pada itu, polis juga turut merampas dua pucuk pistol mainan serta sebuah kenderaan SUV milik suspek untuk siasatan lanjut.
Hasil semakan juga mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai lima rekod lampau. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

2 weeks ago
82












![[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’ Jumpa Mak Ayah Di Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja, Buat Ramai Sebak](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ft-pemandu-lori-lepas-rindu.jpg)


















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















