“Suka hati mamalah nak pakai bulu mata 100 inci pun!” – Cik B ‘Sound’ Iqbal Zulkefli?

7 hours ago 14

Anak kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Vida (DSV), Cik B, nampaknya sudah hilang sabar. Kali ini, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, tampil menyelar tindakan Iqbal Zulkefli yang secara terbuka mengkritik penampilan ibunya di aplikasi Threads.

Cik B, 21, menyifatkan tindakan bekas pembantu peribadi ibunya itu sebagai sesuatu yang tidak perlu dan hanya bertujuan untuk meraih perhatian warganet semata-mata.

“Dengar Nama Pun Dah Serabut”

Mengulas mengenai hantaran Iqbal yang mempertikaikan pilihan DSV memakai bulu mata palsu, Cik B mengakui berasa sangat geram dengan sikap lelaki tersebut yang masih mahu mencampuri urusan peribadi keluarganya.

Artikel berkaitan: “Saya terima dia seadanya” – DSV Simpan Rasa Sedih, Dedah Cik B ‘Struggle’ Jadi ‘Girlish’

Artikel berkaitan: DSV Anggap Ada Persamaan Dengan Azar Azmi, Akui Salah Pilih Pasangan

“Mengenai posting Iqbal tentang bulu mata ibu saya itu, apa yang boleh saya katakan ialah saya sangat geram. Suka hati mama saya kalau nak pakai bulu mata panjang 10 inci mahupun 100 inci. Apa-apa pun memang geram, dengar nama dia pun dah serabut,” katanya dengan tegas kepada media.

Label Iqbal Narsisistik & Penagih Perhatian

Bukan itu sahaja, Cik B secara terang-terangan melabel Iqbal sebagai seorang yang narsisistik dan ‘attention seeker’ nombor satu. Menurutnya, tindakan Iqbal yang sering membuat ciapan mengenai ibunya hanyalah untuk mendapatkan pengesahan (validation) daripada orang ramai.

Tegas Cik B lagi, dia sama sekali tidak akan membenarkan ibunya kembali menjalin hubungan dengan Iqbal.

“Saya memang takkan benarkan mama kembali semula kepada Iqbal. Dia seorang yang suka mencari perhatian sebenarnya. Memang dia ‘attention seeker’ nombor satu! Dia juga seorang narsisistik,” katanya.

“Kenalah Terima Seadanya”

Sebelum ini, Iqbal dilaporkan meluahkan hasrat untuk mengubah penampilan Datuk Seri Vida kepada gaya yang lebih minimalis sekiranya hubungan mereka kembali jernih seperti dahulu. Iqbal mendakwa dia lebih sukakan gaya Vida yang dahulu berbanding imejnya sekarang.

Bagaimanapun, bagi Cik B, jika seseorang itu benar-benar ikhlas mahu berbaik, mereka seharusnya menerima keadaan ibunya tanpa perlu menuntut sebarang perubahan.

“Bila dia buat ciapan itu sebenarnya dia cuma nakkan ‘validation’ daripada warganet, itu sahaja. Kalau betul dia nak berbaik dengan mama saya, kenalah terima seadanya,” tambahnya lagi ketika ditemui selepas program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) baru-baru ini.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |