“Kerana populariti?” – Penyanyi D4vd Didakwa Sanggup B*nuh Gadis 14 Tahun Demi Karier

4 hours ago 10

Panggung muzik antarabangsa dikejutkan dengan satu pendedahan yang cukup mengerikan apabila penyanyi yang sedang meningkat naik, David Anthony Burke atau lebih dikenali sebagai D4vd, didakwa terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang remaja bawah umur. Lebih menyayat hati, motif pembunuhan tersebut didakwa dilakukan secara terancang semata-mata untuk menyelamatkan karier seninya daripada hancur.

C Gettyimages 2271757572

Segala-galanya bermula apabila bau busuk yang amat meloyakan dikesan dari sebuah kereta Tesla yang tersadai di sebuah pusat simpanan kenderaan di Hollywood. Pemeriksaan pihak polis menemui dua beg berisi cebisan mayat manusia yang sudah reput di dalam but kenderaan tersebut, yang kemudiannya disahkan sebagai Celeste Rivas Hernandez, remaja berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang.

Artikel berkaitan: Polis Temui Mayat Wanita Dalam Kereta Milik Penyanyi US Terkenal

Artikel berkaitan: “Anak jadi suspek utama” – Kes Kematian Pengarah Hollywood Rob Reiner & Isteri, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

D4vd Miliki Pornografi Kanak-kanak

Terbaharu, pihak pendakwaan Los Angeles mendedahkan satu lagi bukti mengejutkan yang bakal mengukuhkan kes mereka terhadap penyanyi berusia 21 tahun itu. Selain pertuduhan membunuh dan mengerat mayat, d4vd kini didakwa memiliki pornografi kanak-kanak yang dikaitkan dengan mangsa, sekali gus mendedahkan sisi gelap hubungan mereka yang selama ini tersembunyi daripada pengetahuan peminat.

Penyanyi itu yang telah ditahan pada 16 April lalu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh tahap pertama dengan keadaan khas, gangguan seksual berterusan terhadap kanak-kanak bawah 14 tahun, serta mencabuli mayat manusia.

Kronologi Kes Kematian Celeste Rivas

Siasatan mendalam pihak berkuasa mendedahkan kronologi yang cukup menggerunkan, di mana D4vd didakwa menjalani kehidupan seperti biasa sebagai bintang popular meskipun dia didakwa sedang menyembunyikan satu ‘rahsia’ besar.

Celeste Rivas Hernandez

  • 7 September 2023: D4vd didakwa mula melakukan gangguan seksual terhadap Celeste yang ketika itu baru berusia 13 tahun.

  • 5 April 2024: Celeste dilaporkan hilang oleh keluarganya buat kali terakhir.

  • 23 April 2025: Tarikh mangsa dipercayai dibunuh. Pihak pendakwa mendakwa D4vd menjemput Celeste ke rumahnya di Hollywood Hills dan membunuhnya dengan niat (premeditated).

  • 24 – 25 April 2025: Sehari selepas kejadian, tiket jelajah dunia D4vd mula dijual dan dia melancarkan album sulungnya, “Withered”.

  • 5 Mei 2025: D4vd didakwa mengerat anggota badan mangsa dan menyumbatnya ke dalam beg sebelum ditinggalkan di dalam but keretanya selama berbulan-bulan.

  • 8 September 2025: Penemuan ngeri mayat Celeste dalam keadaan reput selepas kereta Tesla milik penyanyi itu ditunda ke pusat simpanan kenderaan.

  • 16 April 2026: Selepas siasatan panjang oleh tiga panel juri agung, D4vd akhirnya ditahan oleh pihak LAPD.

Didakwa Membunuh Kerana Wang & Nama?

Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan tembus pada bahagian organ dalaman sebelum badannya dikerat.

Cats 29

Pendakwa raya menegaskan bahawa D4vd didakwa membunuh Celeste kerana remaja itu mengancam untuk mendedahkan hubungan bawah umur mereka yang boleh menamatkan empayar muzik penyanyi tersebut yang sedang memuncak.

Walaupun bukti fizikal dan penemuan bahan terlarang tersebut nampak sangat berat, peguam dan keluarga D4vd tetap mempertahankan bahawa penyanyi itu tidak bersalah. Namun, bagi keluarga Celeste, tiada apa yang lebih berharga selain melihat keadilan ditegakkan buat anak gadis mereka. Kes ini telah menyebabkan kontrak rakaman D4vd dibatalkan serta-merta.

Sumber: CNN, ABC News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |