Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun, berbanding lima tahun ketika ini menerusi pewartaan baharu kerajaan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026 yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan pada 3 Jun 2026, sekali gus membawa beberapa perubahan penting terhadap struktur yuran permohonan pasport.
Menurut warta yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, kadar fi baharu turut menetapkan beberapa kategori bayaran yang lebih jelas termasuk untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta penggantian pasport yang hilang atau rosak.
Artikel berkaitan: Mula Dikeluarkan 1 Jun Ini, Imigresen Dedah Pasport Baharu Malaysia Ada 94 Ciri Keselamatan!
Artikel berkaitan: Wajib Tukar MyKad Mulai 1 Jun? Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penukaran MyKad Baharu
Tempoh sah laku pasport Malaysia dilanjutkan sehingga 10 tahun
Antara perkara penting yang diumumkan adalah:
- Bagi pemohon biasa, bayaran dikenakan ialah RM350.
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas hanya perlu membayar RM175.
- Golongan OKU berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar di bawah Akta OKU 2008 layak memperoleh pasport secara percuma.
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen Malaysia setakat ini belum mengumumkan secara rasmi tarikh pelaksanaan permohonan pasport 10 tahun itu.

Perbandingan kadar fi tempoh 5 tahun & 10 tahun
Kadar Semasa (Pasport 5 Tahun):
- Warganegara Malaysia: RM200
- Warga emas: RM100
Kadar Baharu (Pasport 10 Tahun):
- Warganegara Malaysia: RM350
- Warga emas (60 tahun ke atas): RM175
- OKU berdaftar (18 tahun ke atas): Percuma
Sementara itu, warta tersebut turut menetapkan kadar bayaran untuk pemohon pasport baharu bertempoh 10 tahun bagi menggantikan pasport yang rosak atau hilang.
Warganegara berumur 18 hingga 59 Tahun
- Penggantian pertama: RM550
- Penggantian kedua: RM850
- Penggantian ketiga dan seterusnya: RM1,350
Warga emas (60 tahun ke atas)
- Penggantian pertama: RM375
- Penggantian kedua: RM675
- Penggantian ketiga dan seterusnya: RM1,175
Pemegang kad OKU
- Penggantian pertama: RM200
- Penggantian kedua: RM500
- Penggantian ketiga dan seterusnya: RM1,000
Sumber: FMT, Federal Legislation

9 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















