8xciden

Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kereta jenis Volkswagen Golf yang dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Angsana, semalam. Kejadian yang turut tular di media sosial itu menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius.

Screenshot 2025 10 19 at 12.49.08 PM

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, kejadian dilaporkan kepada pihak polis pada jam 9.48 pagi selepas kereta terbabit terbabas ketika dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menghala Jitra. Hasil siasatan awal mendapati, pemandu berusia 27 tahun yang bekerja sebagai penasihat jualan cuba mengelak sebuah motosikal yang didakwa secara tiba-tiba mengubah haluan dari bahu kiri ke lorong kanan jalan.

Tindakan itu menyebabkan kereta berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan. Insiden itu menyebabkan pemandu mengalami kecederaan serius pada kaki dan bahagian kiri badan, manakala isterinya yang berusia 24 tahun patah tangan kanan. Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Jitra.

Screenshot 2025 10 19 at 12.48.18 PM

Rakaman video kemalangan berkenaan yang tersebar di media sosial menunjukkan kereta terbabit berpusing beberapa kali di udara sebelum melanggar tiang elektrik di tepi jalan. Tiada kenderaan lain dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.