Tiada apa yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati oleh insan yang paling dipercayai, lebih-lebih lagi apabila perkara tersebut terbongkar pada hari istimewa sendiri.
Itulah yang terpaksa dilalui oleh pelakon muda, Fify Azmi apabila dia mendedahkan hubungannya bersama kekasih kini sudah berakhir selepas mendakwa dirinya telah dikhianati.
Menerusi beberapa hantaran tangkap layar (screenshot) perbualan yang dikongsikan, kelihatan seorang lelaki sedang rancak mengatur pertemuan dengan seorang wanita misteri di sebuah kediaman di Seri Kembangan.
Artikel berkaitan: Kantoi Curang Dengan Calon STPM, Suami Pempengaruh Mohon Padam Gambar Konon Sebab Nak Jaga Air Muka
Artikel berkaitan: Suami Dakwa Isteri Curang Dengan Pemain Bola Sepak Import, Sudah Beberapa Kali ‘Check In’ Hotel
Apa yang lebih mengejutkan, lelaki berkenaan turut meminta wanita tersebut untuk tidak membawa sebarang cadar dan sempat berseloroh mengenai keadaan biliknya.
Dikhianati Tepat Pada Hari Lahir Ke-36
Menurut Fify, dia sama sekali tidak pernah menyangka akan berkongsi perkara peribadi seperti ini kepada umum. Bagaimanapun, dia berharap agar perkongsian ini dapat membuka mata wanita di luar sana supaya sentiasa mempercayai gerak hati (instinct) mereka.
Lebih menyakitkan, pelakon filem Wira ini mendedahkan bahawa penipuan dan kecurangan itu diketahuinya tepat pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36.
“Saya terdiam dan tertanya-tanya bagaimana seseorang yang mendakwa menyayangi saya masih boleh memilih untuk melukai saya. Bukan pada hari biasa, tetapi pada hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-36.
Apa yang saya tahu, sebahagian daripada diri saya menjadi lebih pendiam selepas itu,” luahnya.
Dah Move On & Pilih Cari Kedamaian
Enggan terus meratapi nasib dan memilih untuk tidak menyerang mana-mana pihak, Fify menegaskan bahawa fokus utamanya kini adalah untuk menyembuhkan diri dan terus melangkah ke hadapan demi ketenangan jiwa.
“Saya dah pulih. Saya dah move on. Dan saya belajar bahawa kedamaian itu jauh lebih berharga daripada memaksa kesetiaan daripada orang yang salah,” tegasnya.
Di akhir perkongsiannya, Fify turut menitipkan doa agar dirinya dan orang ramai dipertemukan dengan insan yang lebih ikhlas, baik, dan tepat untuk perjalanan hidup masing-masing pada masa hadapan.
Sumber: Threads

14 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















