ft kamal adli

Pelakon Kamal Adli menegaskan yang dia mahu mempertahankan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose selepas 4 tahun berkahwin.

Kamal yang tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini memberitahu bahawa kehadirannya itu adalah untuk tunaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan seorang ayah.

Artikel berkaitan : Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Timang Anak Sulung

Artikel berkaitan : Dipenjara 28 Bulan, Kamal Adli Tidak Puas Hati Dengan Hukuman Penyerang Di Singapura

“Saya tak gembira berada di sini, memang tak okay” – Kamal Adli

Dalam pada itu, Kamal turut menjelaskan bahawa sebelum ini dia tidak dapat hadir ke mahkamah kerana mempunyai masalah tertentu.

Screenshot 2025 10 28 120231

“Saya hendak selamatkanlah apa yang memang menjadi tanggungjawab saya. Sebelum ini, saya tidak dapat datang sebab ada masalah sedikit… Ada kerja.

“Hari ini saya datang untuk jalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Doakan yang baik-baik.”

Di samping itu, Kamal meluahkan bahawa dia dalam situasi yang tidak baik dan kini sedang berusaha menghadapi keadaan ini dengan tenang.

Screenshot 2025 10 28 120254

Kamal turut mendakwa bahawa dia telah disekat oleh Uqasha sejak 27 September lalu dan disebabkan itu dia tidak lagi berhubung secara langsung dengan Uqasha.

“Sejak 27 hari bulan lepas (September), saya sudah disekat dalam media sosial, jadi, kami hanya berhubung melalui surat menyurat sahaja. Lama sudah sebenarnya… Tetapi, fahamlah, perempuan apabila merajuk.”

Screenshot 2025 10 28 120330

Pada 22 Oktober lalu, prosiding sebutan pertama kes perceraian antara mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, ditangguhkan kepada hari ini.

Ia selepas Kamal tidak hadir ke mahkamah kerana terikat dengan jadual penggambaran, biarpun telah dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan lebih awal.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.