Masuk hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Gunung Batu Putih, Tapah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49. Namun, di sebalik fasa yang cukup kritikal ini, rupa-rupanya pengalaman luas hampir sedekad dalam aktiviti pendakian lasak dipercayai menjadi tunjang utama yang menjaga kekuatan mental beliau untuk terus bertahan.
Perkara ini turut diakui oleh Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Shariman Shafie. Menurutnya, profil mangsa yang memang aktif dengan aktiviti lasak dalam persekitaran terbuka secara tidak langsung telah membina karakter yang sangat kental, ketahanan diri, serta fizikal yang kuat untuk mendepani situasi kecemasan seperti ini.
Artikel berkaitan: “Kenapa tinggalkan yang sakit dan turun dengan yang sihat?” – Suami Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Terkilan
Artikel berkaitan: Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Bandung Lepas Buat ‘Content’ Paranormal
Petanda Positif Dari Nota & Barang Peribadi
Malah, misteri penemuan beberapa barang peribadi serta tulisan nota di atas tanah sebelum ini sebenarnya memberikan isyarat yang sangat baik tentang keadaan psikologi Jaslinda sewaktu awal kehilangan beliau.
“Penemuan botol air, bungkusan suplemen dan bungkusan gula-gula yang dipercayai milik mangsa menunjukkan usaha beliau untuk mengekalkan hidrasi dan nutrien dalam badan.
Malah, nota yang ditulis di tanah memaklumkan beliau sudah tiba di puncak turut membuktikan keadaan psikologi mangsa berada pada tahap yang sangat positif.
Faktor pengalaman Jaslinda amat membantu dalam mengawal emosi dan mengekalkan ketahanan mental untuk kelangsungan hidup,” katanya.
Teori ‘Rule of Threes’ Dalam Survival Hutan
Bila menyentuh tentang sejauh mana keupayaan seorang manusia mampu bertahan di dalam hutan tebal, Dr Mohd Shariman mengaitkannya dengan teori sains kesihatan dan survival yang cukup popular, iaitu konsep ‘Rule of Threes’ yang diperkenalkan oleh Cody Lundin pada tahun 2003.
Konsep panduan ini menyatakan bahawa seseorang individu boleh meningkat risiko kemalangan jiwa dalam masa tiga minit tanpa oksigen, tiga jam terdedah kepada cuaca ekstrem tanpa perlindungan, tiga hari tanpa air, dan tiga minggu tanpa makanan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keupayaan sebenar untuk bertahan dalam tempoh tersebut sebenarnya turut dipengaruhi oleh faktor cuaca semasa, kondisi fizikal mangsa, tahap pengalaman, kemahiran survival, serta kelengkapan tambahan seperti bekalan ubat-ubatan yang dibawa bersama.
Sumber: Berita Harian

14 hours ago
10













![[TERKINI] DUN Johor Bubar Secara Rasmi Hari Ini, Beri Laluan Untuk PRN Ke-16](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/collage-4.png)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















