Peranan seorang jurusolek untuk majlis perkahwinan adalah untuk memastikan kedua mempelai kelihatan berseri di sepanjang majlis, sebelum wujudnya tukang andam yang khusus untuk pengantin lelaki, jurusoleklah orang yang memainkan peranan untuk menyiapkan pengantin lelaki.
Jadi, ia menjadi satu masalah buat jurusolek perempuan yang terpaksa bertentang mata dan menyentuh pengantin lelaki kerana risiko untuk ‘diganggu’ itu sangat tinggi seperti jurusolek Nabeela Khan ini pernah hadapi.
Artikel berkaitan : Makcik Curi RM2,500 Di Rumah Pengantin Ditangkap, Ada 10 Rekod Jenayah
Aritkel berkaitan : Pengantin Lelaki ‘Cancel’ Nikah Sejam Sebelum Majlis, Iman Troye Beri Sokongan Moral Pada Gadis
Katanya menerusi Thread, tidak dinafikan biarpun majoriti pelanggannya baik-baik sahaja, namun ada segelintir yang didakwa mengganggu dirinya, membuatkan dia rasa tak selesa serta boleh mengancam hidupnya dari aspek keselamatan.
Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk tidak melakukan solekan untuk pengantin lelaki lagi dan hanya tumpu kepada pengantin wanita sahaja berbanding dengan sebelum ini di mana dia akan menyediakan pakej untuk menyiapkan pengantin lelaki selepas siap menata rias pengantin wanita.
Jelasnya, gangguan yang dialami ini selalunya berlaku selepas selesai majlis. Nabeela menjelaskan bahawa dia menyedari yang pengantin lelaki tersebut follow di Instagram miliknya dan mula rasa tidak selesa apabila pengantin lelaki tersebut bertegur sapa dengannya di aplikasi itu.
Lebih membimbangkan dirinya lagi, Nabeela menjelaskan hampir setiap story yang dimuat naik akan mendapat respon daripada pengantin lelaki itu.
Semenjak kejadian ini, Nabeela membuat keputusan untuk tidak melakukan servis menata rias pengantin lelaki biarpun diasak dan didesak oleh klien kerana trauma dan jijik dengan apa yang berlaku.
Kisah ini dikongsikan berikutan tularnya kes melibatkan seorang pembantu pengantin (Bride Assistant/BA) yang dikatakan cuba menggoda pengantin lelaki. Jadi sebagai pengajaran, Nabeela mengatakan bahawa salah BA tersebut yang menggoda dan pengantin lelaki yang melayan.
Malah, kes yang terjadi kepada dirinya pula, Nabeela membuat keputusan untuk tidak memperbesarkan isu ini dan hanya menyekat akaun pengantin tersebut serta tidak memberitahu kliennya kerana tidak mahu terpalit dengan masalah rumah tangga yang baru dibina.
Sumber : Thread