Setiap Posisi Ada Tugasnya, Ini Peranan Sweeper Dan Posisi Lain Dalam Istilah Daki Gunung

1 day ago 10

Kematian seorang pendaki lelaki di puncak Gunung Liang, Perak menimbulkan persoalan tentang bagaimana lelaki yang sedang sakit itu boleh dibiarkan sendirian dalam keadaan sebegitu.

Segelintir netizen turut mempersoalkan di mana ‘sweeper’ yang sepatutnya bertugas dan bertanggungjawab memastikan tiada sesiapa yang tertinggal atau ditinggalkan semasa turun gunung.

Tapi korang faham tak istilah ‘sweeper’ yang disebut-sebut ni? Sebenarnya, dalam setiap ‘trip hiking’, ada beberapa posisi yang telah diatur demi memastikan keselamatan kumpulan sepanjang pendakian. Setiap posisi ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan perjalanan mendaki berjalan dengan lancar dan selamat.

Jadi kalau korang curious dengan setiap peranan posisi yang digunakan dalam istilah daki gunung, boleh baca artikel selanjutnya di bawah.

Artikel Berkaitan: Kes Pendaki M*ut Di Gunung Liang, Polis Tahan 2 Malim Gunung – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: “Nyawa orang jangan dibuat main” – Netizen Luah Rasa Sedih Tragedi Pendaki Hilang Ditemui M*ut Di Gunung Liang – Lobak Merah

Sweeper

hiking 1

Dalam dunia pendakian, sweeper ni ditugaskan untuk duduk di belakang sekali ketika mendaki. Tapi bukan sebab dia paling lambat, tapi sebenarnya dia ditugaskan untuk memastikan keselamatan semua ahli kumpulan.

Tugas utama sweeper adalah untuk memantau ahli terakhir supaya tak ada yang tertinggal atau hilang di sepanjang laluan. Selain tu, sweeper juga bertindak sebagai saluran komunikasi dengan ‘leader’, iaitu memaklumkan keadaan bahagian belakang kumpulan dan laporkan jika ada masalah seperti kecederaan, ahli keletihan atau cuaca yang tak menentu.

Dalam situasi kecemasan, sweeper biasanya akan jadi individu pertama yang beri bantuan awal atau panggil pertolongan. Dia juga bantu kawal masa dan jarak antara ahli depan dan belakang supaya kumpulan tak berpecah terlalu jauh.

Walaupun peranan ni nampak memegang tanggungjawab yang amat besar, namun mengikut undang-undang, tanggungjawab sweeper ni sebenarnya tidak wajib tapi dianggap penting dari segi prosedur dan etika keselamatan.

Tiada mana-mana akta rasmi kerajaan yang menyatakan sweeper sebagai syarat wajib. Contohnya, Akta 313, iaitu Akta Perhutanan Negara 1984 yang hanya menyebut tentang permit masuk dan keselamatan umum sahaja.

Leader 

hike nova

Leader pula merupakan individu yang memegang tanggungjawab paling besar dalam dunia pendakian. Sebagai ketua kumpulan, semua tindakan dan keputusan penting sepanjang perjalanan berada di bawah kawalannya.

Walaupun begitu, seorang leader yang baik tetap perlu berbincang dan mendengar pandangan ahli kumpulan sebelum membuat sebarang keputusan, terutamanya apabila melibatkan keselamatan. Tugas utama seorang leader ialah memastikan pendakian berjalan mengikut rancangan yang telah dibuat, dari mula hingga semua ahli selamat kembali ke pangkal jalan.

Sebelum pendakian bermula, leader akan memberi taklimat kepada semua ahli kumpulan mengenai gunung akan didaki, termasuklah tempoh perjalanan, laluan yang bakal dilalui serta kawasan berisiko atau berbahaya. Ini penting supaya setiap pendaki dapat membuat persiapan mental dan fizikal yang secukupnya.

Leader juga bertanggungjawab menjelaskan tentang kelengkapan dan peralatan yang perlu dibawa serta menetapkan peraturan yang harus dipatuhi semasa pendakian. Individu yang dilantik sebagai leader selalunya mempunyai pengalaman luas dalam dunia pendakian, memahami aspek keselamatan dan memiliki tahap ketahanan tubuh yang tinggi.

Guide

leading hiking

Guide ni biasanya orang tempatan atau individu berlesen yang dilantik secara rasmi oleh pihak berkuasa, contohnya macam Jabatan Perhutanan atau Taman Negara. Dia yang akan mengenal laluan secara profesional, tahu segala peraturan kawasan perhutanan, risiko ketika mendaki serta tanggungjawab keselamatan.

Guide juga biasanya akan memerlukan lesen dan latihan khas sebab dia wakil rasmi yang bertanggungjawab ke atas keselamatan kumpulan sepanjang pendakian. Selain jadi ‘mata’ kumpulan, guide juga bekerjasama rapat dengan leader bagi menentukan arah seterusnya, terutama bila berdepan dengan simpang, laluan mencabar atau cuaca yang tak menentu.

Chef 

chef hiking

Chef ni bukan tukang masak restoran ya, tapi chef dalam pendakian ni adalah individu yang bertanggungjawab mengurus dan menyediakan makanan sepanjang perjalanan. Orang yang dilantik sebagai chef perlu tahu cara mengolah logistik makanan dengan bijak, terutamanya bila bahan dan peralatan terhad.

Dalam keadaan di mana tenaga semua orang sedang berehat, chef biasanya yang antara paling sibuk dengan memasak, agihkan makanan dan pastikan semua ahli kumpulan dapat tenaga semula sebelum teruskan perjalanan.

Tanker 

tanker

Peranan tanker pula memerlukan tenaga fizikal kerana dia selalunya akan menggalas barang berat semasa mendaki. Biasanya mereka ni orang yang paling kuat dan berdaya tahan tinggi sebab kena bawa barang-barang besar macam peralatan dapur, khemah, stok air atau beg ahli kumpulan yang cedera.

Tanker bertindak bila pendakian sedang berlangsung dan peranannya lebih kepada sokongan tenaga dan keselamatan fizikal. Kadang-kadang dia bantu sweeper kalau ada pendaki yang cedera atau keletihan.

Tanpa posisi-posisi ni ketika mendaki gunung, terutamanya sweeper, masalah serius boleh timbul apabila sesebuah kumpulan pendaki tidak mempunyai sweeper yang bertugas dengan baik. Kes tragedi yang berlaku baru-baru ni juga dikatakan berlaku kerana ketiadaan sweeper rasmi menyebabkan insiden ini berakhir dengan maut.

Apabila ahli terakhir cedera atau terpisah tanpa dipisah, ditambah lagi dengan ketiadaan sistem semakan kehadiran melalui check in dan check out di setiap checkpoint, risiko kehilangan atau kemalangan memang tidak dinafikan berisiko untuk berlaku.

Dalam situasi begini, walaupun kejadian tersebut bukan jenayah secara langsung, pengajur boleh disiasat atas kelalaian jenayah atau juga dikenali sebagai criminal negligence di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan sekiranya terbukti mengabaikan prosedur keselamatan yang sepatutnya.

Sumber: Medisar, Hikers82

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |