Seorang lelaki berusia 20-an yang bekerja di sebuah kilang di Banting, Kuala Langat telah maut akibat dilanggar oleh sebuah forklift atau trak pengangkat barang ketika sedang bekerja.
Menurut laporan Buletin TV3, mangsa yang merupakan seorang warga tempatan telah dilanggar oleh forklift yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30-an yang juga rakan sekerja mangsa.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang memeriksa stok kontena dan dia kemudiannya bergerak ke tengah laluan manakala pada masa yang sama, forklift tersebut pula sedang melalui laluan lorong tempat mangsa bekerja di gudang di dalam kilang tersebut.
Artikel Berkaitan: “Mangsa tak bertatu” – Identiti Penunggang Motosikal Maut Diseret Kenderaan Pacuan 4 Roda Dikenal Pasti
Artikel berkaitan: “Van jenazah pun nak curi” – Lelaki Terlibat Kemalangan Rempuh Lori Lepas Curi Van Jenazah
Akibat kemalangan itu, mangsa telah cedera pada bahagian dada setelah tercampak susulan dilanggar.
Manakala, pemandu trak pengangkat itu pula tidak mengalami kecederaan.
Mangsa disahkan telah menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.
Difahamkan juga, pihak polis telah mengambil keterangan daripada saksi kejadian serta pemandu forklift berkenaan berhubung kemalangan tersebut.
Sumber: Buletin TV3