Seorang lelaki dilaporkan telah mengalami kecederaan yang parah selepas terjatuh dari bangunan pusat beli belah KK Plaza di Kota Kinabalu sebelum mangsa menghempap bumbung sebuah kereta di kawasan parkir di sekitar bangunan tersebut.
Menurut Harian Metro, hentakan kuat akibat terjatuh ke atas kereta itu telah menyebabkan mangsa yang berusia 35 tahun itu telah cedera.
Walau bagaimanapun, difahamkan, mangsa masih berada dalam keadaan sedar ketika dibantu oleh pihak bomba yang bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut.
Artikel Berkaitan: Memahami Istilah Undang-Undang di Sebalik Inkues Kes Zara Qairina
Artikel Berkaitan: Pakar Patologi Berpendapat Zara Qairina Tidak Mungkin Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Ditolak
Mangsa kemudiannya telah dibawa dengan ambulans KKM untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Walau bagaimanapun, setakat ini (ketika artikel ini ditulis), punca sebenar kejadian masih belum dapat disahkan.
Sumber: Harian Metro