syaz ft 2025 10 30T164437.124

Tiga kenderaan mewah serta 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, berjaya dilelong dengan nilai keseluruhan mencecah RM1 juta.

Lelongan yang dijalankan di kediaman Vida di Meru Heights itu bermula sekitar jam 10.30 pagi dan menyaksikan dua pembida bersaing untuk mendapatkan barangan berkenaan.

Artikel berkaitan: Gagal Capai Persetujuan Tunggakan Hutang RM1 Juta, 727 Barangan Milik Datuk Seri Vida Dilelong Hujung Bulan

Artikel berkaitan: “Tunang jangan lama-lama” – Gelagat Cik Lan Nyanyi Dengan Dato’ Sri Vida Buat Netizen Geli Hati

Namun, selepas salah seorang pembida menarik diri, hanya seorang peserta berjaya membawa pulang kesemua barangan yang disenaraikan dalam Notis Pengisytiharan Jualan Lelong.

Peguam kepada pihak penuntut, Samir Zainal, mengesahkan bahawa salah seorang pembida menarik diri selepas gagal memenuhi syarat mahkamah yang menetapkan bidaan minimum sebanyak RM1 juta.

“Pembida yang berjaya perlu melengkapkan proses pembayaran kepada pihak mahkamah sebelum pukul 4.30 petang hari ini.

Saya difahamkan barangan yang berjaya dibida ini tidak akan dikeluarkan hari ini, hanya bayaran dibuat kepada mahkamah,” katanya lagi.

Barangan tersebut dimenangi oleh ahli perniagaan, Norzamri Abdullah dan diumumkan oleh pelelong berlesen, S. Punithawathi pada jam 1.40 petang.

Antara aset mewah yang berjaya dibida termasuklah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7, selain pelbagai barangan peribadi seperti piano, gitar elektrik, set sofa, meja makan, pasu bunga, televisyen, penghawa dingin, katil urut, karpet, teleskop, meja solek, langsir, set karaoke serta jam berdiri.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.