Kecekapan dan keprihatinan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang ditemukan dalam keadaan menggigil kesejukan akibat hujan lebat di tepi lebuh raya di Ipoh.
Pegawai Bomba Kanan I, Nor Azam Abd Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam selepas pihaknya menerima panggilan daripada pusat gerakan operasi (PGO) mengenai individu tersebut.
Katanya, sebaik tiba, dia bersama anggota lain melihat lelaki itu berada berhampiran motosikal Yamaha RXZ di tepi lebuh raya dalam keadaan basah akibat hujan lebat.
“Saya difahamkan dia berada di situ sejak jam 1 pagi dan kami cuba bertanya apa yang berlaku.
“Lelaki itu pada mulanya hanya mendiamkan diri dan menggigil menahan kesejukan akibat hujan.
“Kami syak dia mempunyai masalah peribadi,” katanya.
Bercerita lanjut, hampir 15 minit lelaki terbabit dipujuk sebelum dia akhirnya akur dan mula mengemas barang untuk pulang.
Artikel berkaitan: Detik Cemas Di Stesen MRT Taman Midah! Bomba Berjaya Pujuk Lelaki Dari Cuba Terj*n
Artikel berkaitan: Abang Bomba Tenang Pujuk Lelaki Putus Cinta, Gagalkan Misi Bunuh Diri
Perkongsian mengenai kejadian itu turut meraih perhatian netizen, rata-ratanya meluahkan perasaan simpati dan mendoakan lelaki itu dipermudahkan urusan.
Dalam pada itu, netizen menitipkan kata-kata semangat kepada individu terbabit yang berdepan ujian hidup agar tidak mudah mengalah.

Sumber: Harian Metro

9 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















