Pelakon dan penyanyi Fattah Amin berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya yang juga penyanyi Amira Othman telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki, petang semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah juga berkongsi nama putera sulungnya itu Muhammad Jarir Umar.
“Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam,” katanya.
Menerusi hantaran yang sama, Fattah turut memuat naik gambar anaknya, namun memilih untuk tidak mendedahkan wajah bayi tersebut.
Artikel berkaitan: “Clingy rupanya Fattah ni..” – Gelagat Fattah Amin ‘Live’ Dengan Amira Othman Lepas Jadi Suami Isteri Buat Netizen Geli Hati
Artikel berkaitan: “Rakan sekerja ke rakan serumah” – Amira Othman & Fattah Amin Bakal Bernikah!
Dalam pada itu, Fattah turut menzahirkan penghargaan kepada mereka yang sering mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang tempoh kehamilan.
“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy dan Daddy,” ujarnya.
Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu. Pada 30 April, Amira mengumumkan dia kini sedang hamil cahaya mata pertama yang ketika itu kandungannya sudah mencecah usia 30 minggu.
Sumber: Instagram

11 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















