SELCOFF 2025 Himpun Lebih 30 Jenama Lokal & Barista ASEAN Di The Curve

7 hours ago 7

Budaya menikmati kopi kini bukan lagi sekadar trend, tetapi telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat di Selangor.

Bagi meraikan kecintaan terhadap kopi tempatan yang semakin berkembang (dan menarik pelancong antarabangsa!), Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor sedang menganjurkan Festival Kopi Selangor (SELCOFF) 2025!

Festival ini bakal berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober 2025 bertempat di The Curve, Damansara, Petaling Jaya.

SELCOFF SM POST

Apa yang menarik? SELCOFF 2025 akan menghimpunkan lebih daripada 30 jenama dan pengusaha kopi tempatan dari kesemua sembilan daerah di Selangor. Paling syok, ia juga disertai pemain industri antarabangsa dari Vietnam, Indonesia, Singapura, dan beberapa negara serantau lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling, menjelaskan bahawa acara ini bukan hanya perayaan, tetapi platform penting untuk peniaga, pengusaha kafe, barista, dan komuniti kopi untuk meneliti perkembangan terkini dalam teknologi, inovasi dan trend global.

“SELCOFF 2025 akan menjadi pentas utama bagi memperkenalkan jenama kopi tempatan kepada pasaran serantau dan global,” kata beliau, sambil berharap Selangor dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai hab kopi dan destinasi pelancongan gaya hidup utama di Asia Tenggara.

DSC05026

Selain peluang networking dan perkongsian ilmu teknologi penyediaan kopi terkini, SELCOFF 2025 akan dimeriahkan lagi dengan acara-acara berikut:

  • ASEAN Barista Championships: Acara kemuncak ini akan mempertemukan barista terbaik Asia Tenggara dalam saingan serantau. Ini peluang terbaik untuk Barista tempatan menimba ilmu daripada pakar antarabangsa!
  • Konsert Istimewa: Selepas penat hirup kopi, jom enjoy persembahan muzik daripada artis popular seperti Aizat Amdan, Bunga Isme, dan Tam Spider. Suasana malam pasti meriah!
  • Bengkel & Forum Industri: Untuk yang serius dalam dunia kopi, jangan lepaskan pameran kopi, bengkel dan forum industri yang disediakan.
  • Gelanggang Pickleball Percuma: Nak burn kalori? Festival ini turut menyediakan gelanggang pickleball percuma untuk orang awam, sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif!

SELCOFF 2025 menyasarkan kehadiran lebih 30,000 pengunjung, termasuk pencinta kopi, penggiat F&B, usahawan muda, dan pelancong. Penganjuran ini selari dengan aspirasi Tahun Melawat Selangor 2025 di bawah tema Selangor Kan Ada, yang fokus kepada pelancongan gaya hidup dan gastronomi bertaraf antarabangsa.

Jom plan hujung minggu anda di The Curve dan nikmati vibes kopi terbaik di Selangor!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |