Pmx Auty Cina

Satu momen santai melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuri perhatian ramai apabila beliau berseloroh dengan seorang wanita berbangsa Cina ketika menghadiri satu program di Segamat, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosial rasmi beliau, wanita berkenaan dilihat bergurau dan berbual mesra dengan PMX sebelum situasi itu bertukar menjadi lebih mencuit hati apabila Anwar mengeluarkan kenyataan spontan.

Kata wanita itu, dia begitu teruja apabila dapat berjumpa dengan pemimpin negara itu sebelum meminta beliau untuk bergambar bersama.

Artikel berkaitan: Hanya Di Sebalik Pagar Airport, Gelagat Dua Beradik Ini Beri Duit Raya Pada PMX Buat Netizen Terharu

Artikel berkaitan: “Mantaplah orang Turki!” – Ramai Teruja Lihat PMX Layan Lagu Azizah, Hebat Berkumandang Di Türkiye

Dalam suasana yang penuh santai dan gelak tawa, Anwar secara berseloroh berkata bahawa isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, mungkin akan cemburu jika melihat kemesraan gurauan tersebut.

“Ini Azizah tengok, jealous juga tahu?” seloroh Anwar.

Rata-rata yang melihat rakaman video itu terhibur melihat sisi santai dan bersahaja Anwar. Di ruangan komen, netizen turut memuji keperibadian PMX yang dilihat mudah didekati dan tidak kekok berinteraksi dengan masyarakat pelbagai kaum.

Screenshot 2026 06 25 102850 Screenshot 2026 06 25 102908 Screenshot 2026 06 25 102942

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.