“Saya sudah berasa tidak sedap hati seolah-olah akan kehilangan anak” – Ibu Mangsa Nahas Jalan Pinang Tunggal

14 hours ago 9

Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun yang maut dalam nahas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki bersama enam ahli keluarga lain di Jalan Pinang Tunggal, Sungai Petani pada petang semalam tidak sangka bahawa nalurinya sebagai seorang ibu yang merasakan seolah-olah bakal kehilangan anak jadi kenyataan.

Lebih memilukan lagi, wanita 40 tahun yang dikenali sebagai Atikah Ahmad Syukri, 40 bukan sahaja kehilangan bongsunya, Iskandar Affan Ibrahim malah, ibunya serta dua adik lelakinya akibat nahas tragis berkenaan.

Artikel berkaitan: Imam Tak Tahan Sebak Sebelum Solatkan Jenazah 4 Sekeluarga Mangsa Nahas Simpang Renggam

Artikel berkaitan: Adik Pemandu Kereta Mewah Ditahan, Pandu Melulu Punca Nahas Ragut 4 Sekeluarga Di Kluang

Jelas Atikah lagi, arwah Iskandar ada berkelakuan ganjil di mana arwah suka memeluknya biarpun dia ada menegur perbuatan anak lelaki itu supaya berkelakuan baik.

718597659 1296333016039349 4329029663628089892 N

“Arwah manja sangat dengan saya sejak kebelakangan ini, tambahan pula dia anak bongsu dari dua beradik yang dia sering memeluk saya dan walaupun ada masanya termarah dia tetapi dia tidak ambil hati.”

“Dia pula berminat sangat dengan kereta yang setiap kali melihat kereta pasti dia teruja, jadi bila dia nak ikut dua pak ciknya (adik-adik saya), saya pun tiada halangan tetapi tidak menduga mereka terbabit kemalangan.”

“Beberapa bulan lalu, saya sudah tidak berasa sedap hati seolah-olah akan kehilangan anak dalam kemalangan, yang tidak sangka ia telah menjadi kenyataan, malah bukan hilang anak sahaja tetapi ibu serta dua adik lelaki saya.” 

Atikah dalam nada hiba ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga, Sungai Petani pada awal pagi tadi turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan dua adik lelakinya itu sangat rapat.

Bahkan, arwah Ahmad Syafiq yang bertugas sebagai anggota polis adalah tonggak keluarga selepas pemergian bapa sejak 3 tahun lalu.

Screenshot 2026 06 08 105605

“Hubungan kami adik beradik memang sangat baik dan rapat yang pemergian mereka secara mengejut amat meruntun jiwa saya.”

Dalam pada itu, ibu saudara Iskandar Affan iaitu Nor Zamilah Ghazali pula berkata bahawa keluarga mereka hanya dimaklumkan khabar kematian nenek Iskandar sahaja.

“Kami pun terus bergegas ke lokasi kejadian dan apabila melihat keadaan kereta terus jadi lembik (lemah) lutut tambahan pula bomba maklum hanya seorang sahaja selamat dan yang lain-lain semua tidak selamat.”

“Keluarga mereka ini tersangat rapat, selalu buat aktiviti bersama, jika salah seorang tak cukup bajet , mesti adik-beradik yang lain akan bantu sebab arwah ayah mereka dah ajar macam itu.”

Jenazah Allahyarham Iskandar Affan telah selamat dikebumikan sebaik sahaja tiba di kampung halamannya kira-kira jam 2 pagi, manakala lima lagi mangsa lain dijangka dikebumikan pada jam 7 pagi di Tanah Tiga Pasir, Merbok, Sungai Petani.

Dalam kejadian 3.50 petang semalam, Iskandar Affan dikatakan ada mengikut bapa saudaranya pada saat akhir kerana mahu menaiki kenderaan baharu yang diambil daripada pusat jualan di Juru pada kurang 5 jam sebelum kemalangan.

Mereka sekeluarga pada waktu itu dipercayai dalam perjalanan ke Merbok untuk menziarahi kubur ahli keluarga, sebelum kenderaan dinaiki terbabit nahas dengan sebuah lori membawa muatan tanah yang menghala ke Tikam Batu.

Sumber : Harian Metro, FB Mingguan Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |