Pelakon Kamal Adli digelar sebagai ‘Ketua Threads’, pelakon Zila Bakarin pula terkenal dengan respon spontan miliknya. Mereka berdua cukup dikenali di platform media sosial Threads menerusi perwatakan dan personaliti mereka yang lucu dan santai.
Lain pula dengan pelawak dan pelakon, Saiful Apek ini yang begitu aktif dengan kata-kata positif yang mampu membuatkan ramai netizen rasa terpujuk.
Artikel berkaitan : “Itu adalah saya” – Tular Gambar Ditahan Polis, Saiful Apek Dedah Punca
Artikel berkaitan : “Setahu saya dia elok sahaja&” – Azlee Sangkal Dakwaan Saiful Apek Ditahan Polis
Pernah hidup sebagai gelandangan, makan sisa makanan orang
Jelas pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff ini, tujuannya memuat naik hantaran dan perkongsian itu selepas dia perhatikan semakin ramai orang berhadapan dengan tekanan hidup sehingga ada yang sampai hilang harapan.
Dalam masa yang sama, bekas anggota kumpulan Senario ini juga berasa risau melihat masyarakat terutamanya golongan muda yang mudah berputus asa.
“Sebab saya tengok banyak masalah-masalah kritikal. Bunuh diri, putus asa. Ada yang sampai kata nak lari daripada mak bapak, nak terjun bangunan.”
“Ada yang cakap mereka sudah penat. Saya cakap, kalau sudah penat sebenarnya bukan kau yang penat, jantung kau yang penat.”
“Saya tak tahu, kadang-kadang mungkin terlalu berat benda itu. Tapi saya risau juga dengan kata-kata saya sebab ada masanya terlalu berat dan mengejutkan.”
Menerusi Gempak, Apek berharap segala kata-kata positif yang diolah itu serba sedikit dapat menyuntik semangat buat mereka yang tengah down.
Tambahnya, segala apa yang dikongsikan itu merupakan teladan dari pengalaman hidup yang dia harungi sebelum ini termasuklah pernah hidup sebagai seorang gelandangan.
Screenshot“Saya nak benda itu jadi satu tamparan supaya orang jelas dan mula ambil ‘baby step’ untuk bangkit balik. Anda kena ingat, Saiful Apek bukan jadi dalam satu hari. Tak ada orang tiba-tiba tengok saya terus berada di atas.”
“Apa yang saya nampak dekat mereka adalah diri saya satu ketika dulu. Saya pernah jadi gelandangan, makan sisa orang, dihina, diherdik dan difitnah. Semua itu saya sudah lalui. Jadi sekarang orang nampak hasilnya macam mana.”
“Kadang-kadang orang tanya abang baca apa, rujukan apa. Tak ada. Saya tak baca apa-apa . Sebenarnya ini perjalanan hidup saya sendiri dan pergaulan saya dengan orang-orang susah serta orang-orang hebat.”
Dalam masa yang sama, Apek menolaj segala pujian yang menyatakan dirinya, tetapi akui bahawa dirinya ‘cuma sihat’.
Sumber : Gempak

12 hours ago
7

![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)




























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















