“Saya nak tengok muka, betulkah dia” – Abang Mangsa P*kul Hingga Keguguran Dedah Adik Masih Trauma

6 hours ago 8

Abang kepada wanita yang cedera parah disyaki akibat dipukul suami sehingga menyebabkan keguguran kandungan hadir ke mahkamah bersama ahli keluarga untuk melihat proses reman suspek hari ini.

Mohd Firdaus Moktar, 45, berkata, adiknya masih trauma dengan apa yang berlaku serta meluahkan rasa syukur apabila suspek akhirnya ditahan.

“Saya datang ke mahkamah hari ini sebab nak tengok sama ada betul dia (suspek) atau tidak. Walau agak emosi, tapi saya sabar dengan apa yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Firdaus juga berterima kasih kerana menerima sokongan daripada ramai pihak termasuk keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

“Semoga adik saya kembali bersemangat dan tabah menghadapi ujian ini, kami keluarga akan bersama dia, ” katanya.

Screenshot 2026 04 29 132339

Artikel berkaitan: “Kalau kak boleh bercakap…” – Adik Jahidah Respon Kes Lelaki Belas*h Isteri Hingga Keguguran

Artikel berkaitan: “Kami hanya mampu berserah” – Sudah 4 Tahun Terlantar, Otak Jahidah Rosak Teruk

Peguam seru mangsa lain tampil bantu siasatan

Sementara itu, peguam pemerhati keluarga mangsa, Jamaluddin Ali Mohd Jobran, berkata pihaknya dimaklumkan polis masih meneruskan siasatan terhadap lelaki terbabit.

“Untuk siasatan kita serahkan sepenuhnya pada polis dan apa-apa yang berlegar di media sosial, saya pohon supaya tidak berlebihan untuk tidak mengganggu siasatan dan proses undang-undang.

“Untuk anak guam yang sedang dirawat di hospital, saya pohon supaya seluruh rakyat Malaysia berdoa meminta dia diberikan kesembuhan, kekuatan untuk hadapi segala yang berlaku,” katanya.

Menurut Jamaluddin, anak guamnya (mangsa) mengalami cedera parah di bahagian tulang rusuk serta pinggul.

Beliau turut menyeru mana-mana individu yang mungkin pernah menjadi mangsa suspek sebelum ini supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan menyeluruh.

Dalam pada itu, beliau berkata, semasa proses reman dibuat tadi, pihak pendakwaan membangkitkan isu kematian janin dalam kandungan mangsa termasuk lokasi pengebumian.

Terdahulu, lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga keguguran dan cedera parah di Ambangan Heights, Sungai Petani pada Khamis lalu direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Sumber: Berita Harian, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |