Penyanyi popular, Olivia Rodrigo mendedahkan bahawa dia pernah menghidu bau lampin yang dipakai peminat ketika sedang membuat persembahan di atas pentas.
Menurut Olivia, terdapat segelintir peminat yang sanggup memakai lampin bagi memastikan mereka tidak perlu meninggalkan tempat di barisan hadapan sepanjang konsert berlangsung.
Bercakap dalam satu temu bual bersama Kiss Radio, penyanyi berusia 23 tahun itu mengakui perkara tersebut bukan sekadar khabar angin kerana dia sendiri pernah mengalaminya.
@popculturebrattoo funny lol #oliviarodrigo #festivals #diapers #funny #fyp
♬ original sound – popculturebrat
Artikel berkaitan: ‘Highlights’ Grammy Awards Yang Buat Ramai Netizen Teruja
Artikel berkaitan: 2 Pemuda Dikecam Buat Live TikTok Tak Berbaju, Siap Pakai Lampin Di Kedai Mamak
“Saya pernah pergi ke beberapa konsert dan festival di mana orang memakai lampin supaya mereka boleh berada di barisan hadapan sepanjang persembahan. Sebagai penghibur, saya memang pernah menghidu baunya,” katanya.
Sebelum ini, Olivia turut menarik perhatian ramai apabila memuji peminat yang sanggup memakai lampin semasa konsertnya di London.
Malah, dia pernah bertanya kepada seorang peminat yang memegang papan tanda mengenai perkara itu sebelum terkejut apabila mengetahui ia benar-benar berlaku.
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Drivers License itu turut berkongsi detik cemas yang dialaminya sebelum membuat persembahan di Festival Glastonbury 2025.
Menurut Olivia, lima minit sebelum dia naik ke pentas, rakannya memaklumkan bahawa kawasan penonton masih belum dipenuhi sehingga membuatkan mereka panik.
Olivia menyifatkan persembahan tersebut sebagai antara pengalaman paling bermakna dalam kariernya setakat ini.
Sumber: Asia One

10 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















