Syaz Ft 2026 04 21T111522.953

Umum mengetahui Ahli Parlimen Muar Yang Berbahagia (YB) Syed Saddiq bakal melangsungkan perkahwinan dengan selebriti Bella Astillah.

Dalam satu rancangan audiosiar berjudul Lebih Masa, YB Syed Saddiq mendedahkan hidupnya kini lebih bahagia kerana beliau mempunyai ‘dunia’ luar dari politik.

Beliau berkongsi bahawa beliau tidak menyangka akan berpeluang untuk mendirikan rumah tangga selain menjadi suami serta bapa kepada dua anak Bella Astillah iaitu Ayden dan Ara.

Artikel berkaitan: Duduk Semeja Ketika Majlis Pertunangan BASS, Asyraf Khalid Ambil Peluang Mohon Maaf Kepada Fazura

Artikel berkaitan: “Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya” – Rakan Artis Bagi ‘Hint’ BASS Akan Kahwin Lepas Raya?

@scha.aaaaa1

boleh tgk di yt…full episode.very interesting podcast.kenakalan YB masa kecil,zaman RMC,debate,uia,politik,rancangan masa depan, sekali berlakon iklan dpt gaji sebulan YB ..saddiq sgt bahagia,baru rasa kebahagiaan yg luar biasa , bahagia seorang yb setelah memiliki bella,mula beri ruang kpd diri sendiri utk berfikir hal rumah tangga.perkahwinan dlm masa terdekat ?x halang kerjaya cik tunang…so kalau nk tahu,berapa kali YB sebut ‘tunang saya’ dlm podcast ni,boleh stream skrg #syedsaddiq #bellaastillah

♬ Mencintaimu – Mahalini

Ahli Parlimen Muar itu turut berkongsi sebelum ini emergency contact beliau hanyalah ibunya tetapi selepas bertunang dengan pelantun lagu Akhirnya Kamu itu dia mengakui tunangnya itu juga antara yang akan dihubungi jika berlaku kecemasan.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan bahawa selepas bekahwin nanti Bella tidak dapat meneruskan karier seninya namun sebaliknya YB Syed Saddiq menegaskan beliau akan terus menyokong karier tunangnya itu.

“Saya tidak bersetuju saya rasa it’s not fair (tidak adil), kerana impian saya impian kamu dikorbankan.

Malah, saya lebih risau bahawa jika kelantangan saya menyekat tunang dalam mengejar impiannya,” katanya.

Beliau juga berkongsi bahawa tarikh perkahwinan mereka tidak lama lagi namun tidak menyatakan tarikh sebenar majlis tersebut.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.