Ft Bass

Pasangan merpati dua sejoli Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan tunangnya pelakon, Bella Astillah dilihat kembali lagi menjadi tumpuan netizen apabila mereka mula perasan sesuatu yang green flag  pada Syed Saddiq ini.

Ianya selepas foto yang memperlihatkan Syed Saddiq yang dikatakan sedang bersarapan pagi bersama Bella Astillah seusai membuat larian bersama.

Artikel berkaitan: Hargai Sokongan Warga Muar, Syed Saddiq Rancang Majlis Kesyukuran Hujung Minggu Ini

Artikel berkaitan: Bertahun-tahun Turun Naik Mahkamah, Ini Kronologi Kes Syed Saddiq

764806859 17874127962687962 2443433797024226896 N

Bagaimanapun mata netizen tertumpu sesuatu pada sesuatu yang terletak di atas meja Syed Saddiq iaitu telefon bimbitnya. Terlihat gambar Bella dan bedasarkan pemerhatian netizen, ada juga gambar anak-anak Bella Astillah iaitu Ayden dan Ara di bahagian ‘casing’ telefon bimbitnya.

763479539 17874127944687962 4679367127114299939 N

Bahkan, ramai netizen yang memberikan reaksi ‘cemburu’ dan makan hati melihat mereka berdua ini, selain daripada memuji kesungguhan dan kesetiaan Syed Saddiq terhadap Bella Astillah.

Screenshot 2026 08 06 180058 Screenshot 2026 08 06 180130 Screenshot 2026 08 06 180205 Screenshot 2026 08 06 180304

Sebagai rujukan, Syed Saddiq dan Bella Astillah sah mengikat tali pertunangan 28 Mac 2026 lepas dan majlis dijalan secara secara tertutup dan sederhana di aman Bukit Bamboo, Kuala Lumpur.

Sumber : Threads 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.