Januari lalu, kita dikejutkan dengan berita mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas beliau dilaporkan terjatuh di kediamannya.
Tun Dr Mahathir atau lebih mesra disapa sebagai Tun M mendedahkan bahawa insiden itu disebabkan beliau kehilangan kekuatan secara tiba-tiba pada kaki kanannya ketika sedang melakukan briswalk.
Beliau menyatakan kejadian itu berlaku secara mengejut sehingga menyebabkan beliau terjatuh dan mengalami kecederaan yang melibatkan bahagian sendi antara tulang kaki dan pinggang.
Artikel berkaitan: Keadaan Terkini Kesihatan Tun M: Proses Pemulihan Akan Memakan Jangka Masa Yang Agak Lama
Artikel berkaitan: Tun M Keletihan Selepas Kayuh Basikal Hampir 9KM Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100
“Ya saya sedang buat exercise berjalan tiba-tiba satu kaki, kaki kanan saya hilang kuasa, bila dia hilang kuasa, saya jatuh bila jatuh ada fracture tulang dan joint.
“Saya juga luka sikit di kepala tapi amat sakit jadi saya dibawa ke hospital, IJN di mana mereka cuba kurangkan sakit tapi susah, susah nak kurangkan, rasa cukup sakit tapi slowly beberapa hari selepas baru kurang sakit tapi sakit masih ada lagi.
“Hip joint, pinggang antara tulang kaki dengan pinggang ada joint. Joint itu retak, jadi sakitlah. Tapi sekarang ini setelah tiga bulan lalu dah sembuh, dah boleh berdiri, tapi kita tak boleh nak kawal kaki, macam tak ada kaki,” katanya lagi.
Difahamkan, Tun M menjalani rawatan fisioterapi susulan insiden itu dan sudah kembali bekerja pada 25 Mac lalu.
Sumber: Astro Awani

5 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)












![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)





