Tiara Jacquelina Dapat Tahu M. Nasir Terjumpa Puteri Gunung Ledang Sebenar Masa Pergambaran?

13 hours ago 9

Penerbit dan pengarah Puan Seri Tiara Jacquelina mendedahkan Datuk M. Nasir yang melakonkan watak Hang Tuah dalam filem Puteri Gunung Ledang dikatakan mengalami kejadian mistik semasa penggambaran berlangsung di Gunung Ledang kira-kira pada 20 tahun lalu.

Kata Tiara, semua pihak produksi merahsiakan perkara itu supaya tidak mahu membuatkan dirinya rasa bimbang.

Artikel berkaitan: Anak Tiara Jacquelina & Arwah Hani Mohsin, Hani Karmila Selamat Diijabkabulkan

Artikel berkaitan: Tahniah! Datuk M Nasir Kini Bergelar Doktor, Datuk Nash Juga Turut Raih Pengiktirafan di UPSI!

“Mungkin saya tak sesensitif macam orang lainlah. Ada orang bila masuk dalam ruangan (kawasan penggambaran) dia terasa, saya fokus sahaja untuk nak berlakon.

“Tapi pelakon lain yang jadi pasangan pelakon saya ada (pengalaman mistik). Satu produksi tak nak cerita dengan saya sebab itu terjadi di Gunung Ledang.”

“Mereka kata ‘Jangan cakap dengan Tiara’ sebab takut saya panik. Dah habis semua penggambaran barulah mereka cerita. Saya dengar dia terjumpa dengan Puteri Gunung Ledang.”

Screenshot 2026 08 06 154546

Bagaimanapun, Tiara mengatakan yang dirinya tidak berkesempatan untuk bertanyakan kepada M. Nasir sendiri berkenaan dengan kejadian itu sehingga kini.

“Selepas itu, saya tak jumpa dia dan saya tak pernah tanya dia sendiri. Sampai sekarang saya tak berpeluang untuk tanya dia. Setiap kali jumpa di sidang media ke apa, macam tak sesuai pula nak tanya.”

Ketika Tiara ditanya oleh Kosmo! sekiranya ada mengamalkan sebarang upacara sebelum penggambaran filem Puteri Gunung Ledang, beliau mengamalkan beberapa tradisi masyarakat Jawa untuk membersihkan diri dan minda.

F6E0

“Tiada ‘ritual’ (upacara) khas sebelum mula. Ada beberapa perkara yang orang Jawa akan lalui proses seperti berpuasa pada hari tertentu seperti Isnin dan Khamis.”

“Mereka juga amalkan puasa mutih. Kita hanya cuma ambil semua yang putih sahaja seperti nasi putih dan air putih untuk 24 jam bagi bersihkan diri kita supaya bersedia dengan sesuatu.”

“Kemudian, meditasi untuk tenangkan fikiran awak. Jadi, ritual macam itu saya lalui atau mandi bunga yang bagus untuk kita.”

Filem Puteri Gunung Ledang berkisarkan cerita legenda Melayu Puteri Gunung Ledang, yang dikatakan tinggal di atas Gunung Ledang dan usaha seorang Sultan Melaka untuk meminangnya.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |