Ft Siti Kak Ani

Hari ini, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bahawa Noraniza Idris bakal menjadi penyanyi undangan pada Konsert Tradisional Gema Bumantra yang sekaligus mengakhiri teka-teki siapakah artis yang bakal berkongsi pentas bersamanya.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza atau kini lebih mesra dengan panggilan Tok Ti turut menyenaraikan penyanyi-penyanyi lain yang bakal menjayakan konsert tersebut iaitu Haziq Rosebi, Lesti Kejora dan King Nassar dari Indonesia.

Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza Terima Ijazah Kehormat Sarjana Dalam Bidang Seni Kreatif dan Media

Artikel berkaitan: Peminat Sanggup ‘Battle’ Simpan Duit Beli Tiket Konsert Tradisional, Siti Nurhaliza Akui Hampir Menitis Air Mata!

Tak sia-sia beli awal – Netizen

Di media sosial, dilihat ramai netizen begitu teruja dengan gandingan kedua-dua penyanyi lagu Hati Kama ini yang bakal bersama di atas satu pentas setelah sekian lama.

Kak Ani Kak Ani 2

Sebagai info, Konsert Gema Bumantara bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan.

764608295 17979285756109784 7173213670353394978 N

Konsert ini bakal mengangkat tema muzik tradisional Melayu dan Nusantara dalam skala mega dan dijadualkan berlangsung dalam suasana penuh warna-warni budaya Nusantara.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.